Alhamdulillah,
kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan kita oleh Yang Maha
Esa. Janganlah kita sia-siakan masa yang diberi ini dengan begitu sahaja.
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan dan beramal kepadaNya. Alfatihah
untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita dan semoga diberi kesembuhan
bagi yang sedang kurang sihat.
Sedar tak
sedar sekarang sudahpun masuk ke bulan Ogos. Kalau ikut perancangan tahunan
yang dinyatakan di dalam takwim tadika, banyak perkara menarik yang akan
dilakukan pada bulan ini, tetapi apakan daya, hanya Allah lah sebaik-baik
perancang.
Bila masuk
bulan Ogos, bermakna sudah hampir setahun anak-anak murid K1 bersama-sama
dengan kami dan dua tahun bagi murid-murid K2, walaupun lebih masanya secara
alam maya. Pastinya ibu bapa dan penjaga mahu tahu perkembangan prestasi
pelajaran anak-anak walaupun mereka belajar di rumah dan di dalam pantauan ibu
bapa. Ditambah juga dengan hubungan silaturrahim antara para guru dan ibu bapa,
untuk dua tahun ini agak terhad kerana tidak dapat berbincang secara bersemuka
berkenaan prestasi anak-anak murid.
Oleh itu, kami
di MyBISTARI GROUP, untuk julung-julung kalinya, akan mengadakan Hari Terbuka
secara alam maya dengan para ibu bapa. Hari terbuka akan diakan selama 2 hari,
iaitu:
K1 & 5
Bistari – (20hb Ogos 2021 – Jumaat)
K2 & 6
Bistari – (21hb Ogos 2021 – Sabtu)
Jika
sebelum ini, waktu beginilah para guru akan sibuk dengan persiapan menyambut
kehadiran para ibu bapa ke tadika, kali ini tetap juga sibuk, sibuk memahamkan
penggunaan gajet untuk bersemuka dengan para ibu bapa. Jadi di kesempatan ini,
kami ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya nanti ketika sesi Hari Terbuka
ada kesilapan atau perjalanan sesi alam maya yang kurang kemas. Ahh..
sesungguhnya kami rindu suasana menghias tadika dan menanti kedatangan para ibu
bapa ke tadika kami. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Ok jom kita ‘throwback’
suasana Hari Terbuka terakhir sebelum pandemik datang melanda.
Cikgu, boleh terangkan semula? Macam kurang faham pula.
Ok!! Senyum jangan tak senyum!
Papan notis keputusan hasil kreativiti para guru.
Penat lelah guru yang berbaloi.
Terima kasih ibu!
Sebelum masuk ke dalam tadika, perlu daftar di kaunter terlebih dahulu.
Bincang apa agaknya tu?
Tersenyum manis menanti kehadiran para ibu bapa.
Tengah cerita apa tu Cikgu Intan?
Suasana di dalam tadika, menanti giliran untuk bersua muka.
Eh.. macam kenal je pasangan ibu bapa ni.
Para guru sempat bergambar di sudut foto.
Manfaatkan masa yang ada apabila tiada para ibu bapa yang hadir.
Cikgu-cikgu yang sentiasa ceria.
Ya puan, ada apa-apa lagi soalan?
Inilah yang paling susah nak teka, siapa agaknya mereka ni?
Kami kongsikan juga posting terdahulu berkenaan dengan Hari Terbuka yang pernah diadakan.
Oh ya, kami juga bakal mengadakan Pertandingan Bercerita dalam waktu terdekat ini. Terima kasih kepada para ibu bapa yang memberikan kerjasama dengan melibatkan anak-anak untuk turut serta nanti. Jutaan terima kasih juga daripada kami, keluarga besar MyBISTARI GROUP, kerana memilih untuk tetap terus bersama dan menyokong kami. Kami amat hargainya. Bagi yang terpaksa meninggalkan kami dek kerana tuntutan masa, kewangan atau hal yang lainnya, kami amat berharap hubungan antara kita tidak terhenti setakat itu sahaja.
Marilah kita sama-sama berubah ke arah kebaikan dan saling ingat-mengingati. Kita ingat Allah, Allah jaga kita. Jaga diri dan keluarga, patuhi SOP yang telah ditetapkan untuk kebaikan kita bersama. Cikgu sayang semua.
Program Simulasi Haji Cilik sedang berlangsung (2019).
Subhanallah..
sedar tak sedar minggu ini kita akan menyambut Aidil Adha. Tak terasa masa
yang berlalu dek kerana masing-masing sibuk dengan keadaan yang sangat-sangat
menekan sekarang ini. Doa dan harapan kami agar semuanya sentiasa di dalam
lindunganNya dan dipermudahkan segala urusan.
Tahun ini adalah
tahun kedua Kota Mekah lengang dari kunjungan jemaah haji berikutan pandemik
yang entah bila akan berlalu. Semoga kita semua diberi keizinan olehNya untuk
melaksanakan haji dan umrah nanti.
Bagi kami di bawah MyBISTARI GROUP, tahun ini juga adalah tahun kedua Program Simulasi Haji Cilik tidak dapat dijalankan. Sesungguhnya, rindu pada suasana sesi persekolahan dan segala aktiviti yang diadakan untuk anak-anak murid semua.
Jika sebelum berlakunya pandemik ini, bulan ni adalah antara bulan yang dinanti-nanti oleh para ibubapa dan juga kami, tenaga pengajar MyBISTARI GROUP. Laungan dan bacaan talbiah akan kedengaran di setiap tadika kami. Suasana yang pada ketika itu menyentuh hati, apatah lagi dalam keadaan sekarang ini. Rindu yang tak terungkap.
Marilah kita imbau kembali kenangan-kenangan yang pernah dicipta bersama para guru dan bekas anak-anak murid kami. Labbaik Allahumma Labbaik!
Persiapan ruang simulasi bermula malam sebelum program.
Untuk para mutawif dan mutawifah.
Tag nama dan lengan bagi para peserta simulasi.
Kelengkapan di dalam beg para peserta simulasi.
Ok jom sedia pakai telekung.
Antara checkpoint yang dijaga oleh para guru.
Persiapan akhir bersama mutawifah jemputan kami dari El Izzah.
Bergerak dari cawangan masing-masing menuju tapak simulasi.
Bakal haji cilik.
Cikgu pun turut rasa teruja.
Ibubapa dan penjaga yang datang memberikan galakan dan sokongan.
Dah tak sabar nak mula ya tu?
Mari cikgu betulkan kain ihramnya.
Sesi taklimat akhir sebelum program simulasi bermula.
Khusuk dengar taklimat.
Bismillahirrahmanirrahim, mari mulakan simulasi.
Yang pertamanya, kita Wukuf dulu di Arafah.
Mari kutip batu untuk lontar. Pastikan jumlahnya cukup ya.
Aktiviti melontar sedang dijalankan.
Setiap kali habis aktiviti, cikgu akan tampal sticker tanda selesai.
Tunggu giliran untuk tawaf.
Tawaf keliling replika Ka'abah.
Ok siap tawaf, kita tunggu untuk ke checkpoint yang selanjutnya.
Saei sedang berlangsung.
Dan yang akhir.. kita bertahalul.
Biar cikgu yang bantu gunting rambutnya, ya.
Alhamdulillah.. kami sudah selesai menunaikan ibadah haji kami!
Mengalas perut sementara menanti upacara penyerahan sijil.
Contoh gambar kenangan para peserta simulasi.
Di sini juga kami kongsikan beberapa video sepanjang Program Simulasi Haji Cilik ini diadakan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran kepada para ibubapa yang pertama kali menyertai kami di MyBISTARI GROUP. Bagi para guru dan ibubapa yang lain, semoga dapat mengubat sedikit kerinduan terhadap aktiviti-aktiviti yang selalunya diadakan saban tahun.
Walaupun kita tidak dapat merayakan Aildil Adha seperti tahun-tahun yang terdahulu, hinggakan ibadah korban dan solat sunat Aidil Adha dilaksanakan dalam SOP yang ditetapkan, kunjung mengunjung masih lagi dilarang, jangan pula kita hambarkan suasana hari raya kali ini ya. Yang tak dapat tunaikan solat sunat di surau atau masjid, lakukanlah secara berjemaah di rumah dengan ahli keluarga, takbir raya dan tahmid pun jangan dilupa sepanjang 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Oh ya.. jangan lupa mandi sunat Aidil Adha di pagi hari dan pakailah pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
Jaga diri, rajin-rajin istigfar dan selawat. Bantu ibubapa di rumah. Duduk sahaja di rumah, tak perlu keluar dan jika ada kepentingan untuk keluar, pastikan SOP diikuti. Kita ingat Allah, Allah akan jaga kita.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini. Ini adalah tahun kedua dan harapnya juga adalah tahun terakhir kita terpaksa menyambut Ramadan di dalam pandemik.
Walaupun peraturan yang dikenakan tidaklah seketat tahun yang sudah, kita semua tetap perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Ini amatlah penting dalam menjaga keselamatan dan kesihatan semua yang berasa di sekeliling kita.
Memandangkan solat terawih dan juga bazar Ramadan sudah boleh dijalankan semula, nasihat kami, elakkan dari berada di tempat yang sesak, jaga kebersihan, jaga jarak, dan pastikan bila sudah sampai ke rumah, mandi dan bersihkan diri.
Alhamdulillah juga, sesi persekolahan masih dapat diteruskan. Cuma ingin kami peringatkan sekali lagi di sini,sekiranya para ibu bapa / penjaga ataupun anak murid adalah kontak rapat pesakit Covid 19, sila patuhi langkah-langkah yang telah diberitahu terdahulu, Hari amat berharap para ibubapa / penjaga tidak merahsiakan hal ini dan juga tidak menghantar anak-anak ke tadika sekiranya perkara ini terjadi.
Bagaimana ya gelagat anak-anak apabila sudah mula berpuasa? Pasti rengekan untuk berbuka sentiasa menghantui para ibu, lebih-lebih lagi bagi ibu yang duduk di rumah. Bertabahlah ya! Satu perkara yang menarik berkenaan anak-anak ini apabila berpuasa adalah, mereka akan terus kelihatan segar bugar apabila berjumpa dengan kawan-kawan. Rengekan dan pujukan untuk berbuka hilang terus. Sebab itu kami lebih gemar anak-anak tadika hadir ke sekolah ketika berpuasa.
Di sini kami kongsikan beberapa gambar dan juga video suasana ketika waktu rehat di tadika semasa bulan Ramadan.
Saya nak siapkan kerja ni lagi sikit (TIB)
Saya nak rehat sekejap. (TIB)
Saya nak buat latihan ejaan.. kali ni saya nak dapat semua betul (TIMB)
Tengok ni saya baca lancar. (TIMB)
Alamak, saya terjilat mask ni.. batal tak puasa saya cikgu?(TIPB)
Jom ulangkaji! (TIPB)
Mari sini cikgu dengar saya baca, (TKM)
Alololo.. comelnya buku (TKM)
Hmmm... pandai juga saya buat latihan ni semua ya. (TM)
Alamak, masa awal-awal dulu tak kemasnya saya tulis, nasib sekarang dah cantik. (TMPB)
Saya nak mula buat revision ni.. (TMPB)
Semangat tak kami belajar? (TNPB)
Pergunakan waktu rehat sebaiknya dengan merehatkan mata dan minda. (TNPB)
Khusyuknya dia. (TS1)
Ni kacang je cikgu... eh kacang.. sedapnya kacang time tengah lapar ni.. (TS2)
Kami kongsikan juga video himpunan gambar dan klip video murid-murid di tadika masing-masing ketika waktu rehat di bulan Ramadan,
Semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan lagi semangat anak-anak murid untuk berpuasa. Jangan lupa jaga kebersihan dan juga keselamatan diri. Tak perlu keluar rumah sekiranya tiada perkara yang penting. Penuhi bulan puasa ini dengan amalan-amalan yang baik dan Insyaallah mendapat keberkatan dariNya.