Bismillahirrahmanirrahim.
“Tiada
keyakinanlah yang membuat orang takut menghadapi tentangan, dan saya percaya
pada diri saya sendiri.” Muhammad Ali.
Ya.. benar
kata-kata juara tinju dunia itu. Alhamdulillah untuk kesekian kalinya kita
semua juga dapat menyaksikan keyakinan itu dalam diri anak-anak murid MyBISTARI
GROUP. Baru-baru ini telah pun diadakan Pertandingan Bercerita peringkat
saringan. Jika sebelum ini pertandingan bercerita adalah sebahagian dari acara
yang dipertandingkan di dalam Program Uji Minda, dek kerana pandemik yang tak
pasti entah bila akan berakhir ini, program itu tidak dapat kami adakan. Tetapi
setelah berbincang, pertandingan bercerita tetap kami adakan untuk
membangkitkan semangat anak-anak dalam alam persekolahan tadika mereka.
Pada
awalnya, terfikir juga, bagaimana untuk melakukan pertandingan ini ya? Ada ke
anak-anak murid yang ingin turut serta? Tetapi Alhamdulillah, Allah permudahkan
urusannya. Penyertaan dari anak-anak murid sangat baik. Terima kasih kami
ucapkan kepada para ibu bapa yang memberi sokongan dengan mendaftarkan anak-anak
sebagai peserta bercerita. Terima kasih yang tak terhingga juga kerana melatih
dan menyiapkan segala kostum dan props anak-anak. Jika sebelum ini segala
persiapan adalah usaha gandingan para guru dan juga ibu bapa, maafkan kami,
kali ini seratus peratus semuanya adalah tugas para ibu bapa. Kami amat-amat
hargainya. Kagum kami dengan hasil yang ditunjukkan oleh para peserta baik dari segi bercerita mahupun props yang digunakan.
Pertandingan
Bercerita peringkat saringan yang diadakan pada 22hb Ogos 2021 yang lalu
diadakan secara live di saluran Youtube MyBISTARI GROUP. Para ibu bapa
menghantar video rakaman para peserta dan kami tayangkan satu persatu untuk
tontonan semua. Sekali lagi maafkan kami atas ke tidak lancaran program ini dan
Insyaallah kami akan perbaikinya bagi program-program yang mendatang.
Para juri
juga turut serta menonton pertandingan ini di peringkat saringan di medium
Google Meet. Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Juri kami, Puan Nor Lizah
Binti Abu Talip dan juga kepada pembantu juri, Puan Zaiton Binti Mat Lazim.
Pengalaman mereka berdua sebagai guru di sekolah banyak membantu kami dalam penilaian peserta.
Di sini kami
kongsikan gambar-gambar para peserta sepanjang pertandingan secara alam maya
dilakukan.
 |
Peserta pertama dari TIB. Adik Muhammad Fateh Elyas dengan cerita yang bertajuk Kisah Nabi Adam dengan Hasutan Syaitan. |
 |
Peserta kedua, adik Siti Aisyah dari TS2 dengan ceritanya Gadis Bertudung Merah. |
 |
Peserta ketiga, adik Putera Muhammad Qhalif bercerita tentang Anak Kambing Menipu Ibunya. |
 |
Adik Aira Fathonah dari TKM dengan ceritanya Rabiatul Adawiyah Yang penuh Hatinya Dengan Tuhan. |
 |
Adik Aatif dari TPB TM dengan ceritanya Uwais Al Qarni Pemuda Yang Terkenal Di Langit. |
 |
Adik Nur Aurora Aisyah dari TPB TM dengan ceritanya Harta Karun Qarun. |
 |
Adik Irdina Sakinah dari TPB TM bercerita tentang Nabi Musa Dengan Tongkatnya. |
 |
Adik Arissa Sofia dari TIPB rancak bercerita berkenaan Kisah Nabi Musa dan Firaun. |
 |
Adik Dhia Aisy Irdina dari TIPB bercerita tentang Arnab Dan Serigala. |
 |
Adik Amni Amanina dari TIPB rancak bercerita dalam Bahasa Inggeris dengan ceritanya The Ugly Duckling. |
 |
Adik Arfa Ar Raudhah dari TS1 bercerita tentang Nabi Yunus Dan Ikan Nun. |
 |
Adik Al Akif dari TS1 dengan ceritanya Sentuhan Raja Midas.
|
 |
Adik Syuhada dari TNPB berbahasa Inggeris dengan ceritanya yang bertajuk Ginger. |
 |
Adik Siti Nur Aisyah dari TNPB dengan ceritanya Sang Harimau Dan Bayang-Bayang. |
 |
Adik Muhammad Fathi dari TIMB bercerita berkenaan Tongkat Musa Menjadi Ular. |
 |
Peserta akhir, Adik Muhammad Iman dari TIMB dengan ceritanya Kisah Burung Pipit Selamatkan Nabi Ibrahim. |
 |
Kami di belakang tabir sambil tonton dan berbincang. |
 |
Terima kasih para ibu bapa yang menonton di saluran YouTube kami. |
Untuk tonton pertandingan peringkat saringan ini, boleh klik di sini ya:
-
Cut version
Nama-nama peserta yang terpilih untuk masuk ke peringkat akhir akan diumumkan pada 25hb Ogos 2021. Sama-samalah kita tunggu keputusannya ya!
Terima kasih sekali lagi kerana memberikan kerjasama yang baik dan tetap setia dengan kami.
Akhir kata, perbanyakkan istigfar dan selawat, Insyallah kalau kita ingat Allah, Allah akan jaga kita.
0 comments:
Post a Comment