Wednesday, February 4, 2026

9 HARI PERTAMA SI CILIK HEBAT DI PRATADIKA MYBISTARI

 

Selamat datang ke sesi pratadika 2026.

9 Hari Penuh Makna: Sesi Pratadika MyBistari Bermula! 💙💛

Bermula 29 Disember hingga 8 Januari 2026, suasana di semua cawangan MyBistari Group kembali ceria dengan gelak tawa si cilik hebat menerusi Sesi Pratadika selama 9 hari khas buat murid 5 tahun yang mendaftar awal.

Sesi pratadika ini bukan sekadar kelas biasa, tetapi langkah awal untuk anak-anak menyesuaikan diri dengan dunia tadika sebelum sesi persekolahan sebenar bermula.

Hari pertama? Memang penuh warna-warni!
Ada yang menangis sorok di belakang pintu, ada yang mata bergenang air mata, dan tak kurang juga yang terlebih excited jumpa kawan baru. Comel sungguh ragam mereka! 🥹😍

Sepanjang hari pertama, anak-anak diperkenalkan dengan:

  • Aktiviti pengenalan diri

  • Tour sekitar tadika

  • Cara susun kasut

  • Cara letak bekal

  • Dan pelbagai latihan kendiri yang membina keyakinan serta disiplin

Semua ini dilakukan secara santai, menyeronokkan dan sesuai dengan perkembangan usia mereka.

Alhamdulillah, sesi pratadika ini ternyata seronok dan bermakna. Anak-anak belajar berdikari, berani mencuba dan mula selesa berada di persekitaran tadika ❤️

Jika berminat untuk anak menyertai kelas pratadika, jom daftar awal di MyBistari Group. Dengan persediaan awal ini, ibu ayah tak perlu risau apabila sesi persekolahan sebenar bermula — kerana anak-anak sudah bersedia, yakin dan berdikari.

💙 MyBistari – Membina Asas Hebat Sejak Awal 💛

Guru besar membimbing guru sebelum kehadiran murid.

Jauh menung ke belakang, tengok pintu keluar atau tengok kawan.

Susun kasut di rak kasut.

Susun bekal di meja.

Jom kita ronda tadika pula.

Cikgu menerangkan cara penggunaan tandas dan keselamatan.


 Comel dengan gaya masing-masing untuk bergambar kelas.

Break time!

Fokusnya nak buat aktiviti apa tu.

Cat Mask dah siap terus suruh ambil gambar. Comel!

Hari kedua belajar bewarna pula.

Wah! buat aktiviti apa tu.

DIY handicraft bekas pensel.

Pelbagai teknik digunakan untuk kuatkan motor halus murid.

Tengah menangis teringat mama,
bila cikgu cakap nak ambil gambar terus senyum dalam tangisan. Hihi


Comel!

Cantiknya warna.

Hari ke-3 sudah mula bacalah.

Yeah...jom balik.

Sesi pratadika ini menjadi bukti bahawa persediaan awal sangat penting dalam membantu anak-anak menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika. Melalui aktiviti harian yang tersusun dan menyeronokkan, si cilik hebat bukan sahaja belajar berdikari, malah semakin yakin dan ceria hadir ke sekolah.

Terima kasih kepada ibu ayah atas kepercayaan yang diberikan kepada MyBistari Group. Semoga langkah kecil ini menjadi permulaan kepada perjalanan pendidikan yang besar dan bermakna buat anak-anak 💙💛

Sekian, terima kasih🌹

FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~


Monday, February 2, 2026

HARI PERTAMA SEKOLAH PENUH CERITA!

Hari pertama bermacam ragam anak-anak.

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2026 bermula...

Murid 5 & 6 Tahun | 13 Januari 2026

Alhamdulillah, sesi persekolahan bagi murid 5 dan 6 tahun bagi tahun 2026 telah bermula pada                13 Januari 2026, lewat satu hari berbanding tarikh rasmi pembukaan sesi persekolahan KPM.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang biasanya dimulakan lebih awal, pada tahun ini kami mengambil keputusan untuk memulakan sesi persekolahan sehari lewat. Hal ini mengambil kira tempoh cuti persekolahan yang agak singkat, di samping komitmen kami melaksanakan program pratadika. Selain itu, kami juga ingin memberi ruang dan laluan kepada ibu dan ayah untuk menguruskan hari pertama persekolahan anak-anak yang lain pada 12 Januari 2026.

Alhamdulillah, pada hari pertama sesi persekolahan, kehadiran murid bersama ibu dan ayah disambut dengan penuh mesra oleh guru-guru di setiap cawangan. Seperti yang dijangka, pelbagai ragam si cilik hebat dapat dilihat — ada yang teruja dan tidak sabar untuk ke kelas, ada yang menangis berpisah dengan ibu dan ayah, dan ada juga yang malu-malu sambil memerhati suasana baharu.

Setiap tadika mempunyai suasana dan cerita tersendiri. Saya sendiri berkesempatan menziarahi bangunan baharu Tadika Hebat Kreatif di Bistari Perdana. Alhamdulillah, suasana di sana sangat tenang dan damai, tanpa kedengaran suara tangisan anak-anak. Sesi perkenalan berjalan dengan lancar dan anak-anak cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Di tadika-tadika lain pula, suasananya sedikit berbeza. Kedengaran suara tangisan si kecil yang mencari ibu dan ayah, ada juga yang hanya menitiskan air mata tanpa suara — satu pemandangan yang cukup biasa dan sangat menyentuh hati pada hari pertama persekolahan.

Bukan sahaja ragam anak-anak yang mencuri perhatian, malah ragam ibu dan ayah juga turut menyentuh perasaan para guru. Terutamanya bagi ibu dan ayah yang pertama kali menghantar anak ke sekolah — ada yang tidak dapat menahan air mata sebak apabila melihat si manja yang dahulu kecil kini sudah melangkah ke alam persekolahan.

Fasa demi fasa akan ditempuhi…
Ini hanyalah langkah pertama dalam perjalanan panjang pendidikan anak-anak.

Semoga semua anak-anak ini membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.


Hari pertama sahaja ibubapa boleh hantar sehingga ke dalam kelas.

Cerianya hari pertama sekolah!

Tahun baru, jumpa kawan baru.

Behave si cilik 5 tahun hari pertama.

Sesi perkenalkan diri hari pertama masih malu-malu.

6 tahun si cilik hebat tampil lagi berani.

Cikgu terangkan cara penggunaan tandas.

Steady tak menangis hari pertama.



Hasil kraftangan hari pertama- crown.

Fokus mewarna.

Macam-macam gaya! comel.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah yang sudi memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk membimbing anak-anak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan demi membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan terus cemerlang.


Sekian, terima kasih 🌹


FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Friday, January 16, 2026

PENUTUP SESI 2025 KENANGAN MANIS SI CILIK HEBAT!

 

Meriah pentas.

21 Disember 2025 tercipta sebagai satu tarikh penuh senyuman, tepukan dan air mata gembira apabila Hari Anugerah Cemerlang 2025 berlangsung dengan begitu meriah dan bermakna.

Majlis ini dianjurkan khas untuk meraikan usaha dan pencapaian luar biasa para pelajar sepanjang sesi persekolahan 2025. Setiap anugerah yang disampaikan bukan sekadar hadiah, tetapi tanda penghargaan atas kesungguhan, keberanian dan semangat belajar si cilik hebat.

Hari Anugerah Cemerlang ini memberi pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam penilaian akhir tahun, selain meraikan pelajar 5 tahun yang berjaya menamatkan 3 siri buku bacaan dengan jayanya:

📘 Bacalah Anakku
📗 Read Easy Beginner
📙 Jawi Al-Fatih

Kejayaan ini pastinya membanggakan bukan sahaja anak-anak, malah ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan mereka.

Lebih manis, tahun ini pihak pengurusan dan founder dengan penuh rasa bangga telah memperkenalkan Anugerah Khas Tamat Bacalah Anakku khusus untuk pelajar 4 tahun.

Seramai 5 orang si cilik hebat telah terpilih menerima anugerah ini sebagai pengiktirafan awal terhadap kebolehan membaca mereka. Hebat sungguh anak-anak kecil ini! Tahniah diucapkan 

Majlis bertambah ceria dengan pelbagai persembahan kreatif daripada pelajar 6 tahun yang berjaya mencuri tumpuan dan tepukan gemuruh penonton, antaranya:

💃 Zapin
🎶 Nasyid
🩰 Tarian tradisional & moden
🤸 Senamrobik
🎭 Pantomim
🎼 Muzikal drama
🎤 Koir
✨ Dan banyak lagi persembahan menarik

Setiap persembahan jelas mempamerkan keyakinan, bakat dan perkembangan sahsiah si cilik hebat yang dibentuk sepanjang berada di tadika.

Hari Anugerah Cemerlang 2025 bukan sekadar majlis penyampaian anugerah, tetapi satu platform untuk menghargai setiap usaha kecil yang membawa kepada kejayaan besar.

Semoga kenangan indah ini menjadi pembakar semangat buat si cilik hebat untuk terus berani mencuba, belajar dengan gembira dan bersinar pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa.
Jumpa lagi di Hari Anugerah Cemerlang akan datang! 


Ibu ayah yang hadir perlu bawa kad jemputan untuk cabutan bertuah.


Isi perut dahulu sebelum naik ke pentas.

 
Pakai aksesori dahulu sebelum buat persembahan.


Fokus Cikgu Aqilah nak siapkan murid sebelum persembahan.


Bacaan doa wakil dari si cilik Tadika Hebat Intelek & Tadika Hebat Ilmu.

Emcees otai MyBistari Pn Norafizah & Pn Shawariah.

Ucapan perasmian oleh founder MyBistari, Pn Zainun.

Persembahan pembukaan Zapin Selamat Datang oleh si cilik Hebat Pintar.

Persembahan Nasyid yang menyentuh hati dari si cilik hebat Ilmu.

Penyampaian anugerah cemerlang.


Penyampaian anugerah khas bacalah 4 tahun.



Penampilan khas dari Fanpekka.

Seronoknya menari bersama tonti.


Bergaya masing-masing.

Persembahan drama muzikal bebas Palestin.

Comel!

Nice ending!

Ruangan photobooth juga disediakan.

Rotating 360 photobooth juga kami bawakan untuk ibu ayah abadikan kenangan.

Tamat sudah perjalanan triplet di MyBistari Group. Semoga kita dapat berjumpa lagi nanti.

Barisan guru-guru MyBistari yang teguh berdiri.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu ayah yang sudi meluangkan masa hadir dan memeriahkan Hari Anugerah Cemerlang 2025. Kehadiran dan sokongan anda menjadi suntikan semangat terbesar buat si cilik hebat.

Tahniah sekali lagi kepada semua si cilik hebat yang telah menerima anugerah — setiap kejayaan kecil hari ini adalah langkah besar untuk masa hadapan 🌟

Buat si cilik 6 tahun, selamat maju jaya melangkah ke fasa seterusnya. Teruskan berani bermimpi, belajar dan bersinar di mana sahaja berada.

Semoga kenangan indah ini kekal dalam ingatan, dan mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi suatu hari nanti 💐

Sekian, Terima Kasih 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersattu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon