Thursday, February 6, 2025

DUNIA BARU SI CILIK HEBAT!

Pendaftaran murid hari pertama pratadika meriah di TH Genius.

Sesi Pratadika 2025: Perjalanan Si Cilik Hebat di MyBistari Group

Pejam celik, pejam celik, sesi pratadika 2025 sudah ke penghujungnya! Bermula 22 Januari hingga 6 Februari 2025, si cilik hebat telah melalui pelbagai pengalaman menarik sepanjang 9 hari mereka di kelas pratadika. Keletah comel dan gelagat anak-anak sememangnya menceriakan suasana dan memberikan pengalaman yang bermakna buat semua.

Sesi pratadika ini dikhususkan untuk murid berumur 5 tahun yang telah mendaftar awal di setiap cawangan MyBistari Group. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika sebelum sesi persekolahan sebenar bermula pada 13 Februari 2025. Sepanjang sesi ini, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi memastikan mereka mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus seperti menyurih, mewarna, dan menghasilkan kraftangan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membantu dalam perkembangan kemahiran motor halus mereka, malah turut menigkatkan daya kreativiti serta keyakinan diri dalam setiap tugasan yang diberikan.

Kini, selesailah sudah sesi pratadika 2025 untuk si cilik hebat kami. Semoga pengalaman awal ini menjadi langkah pertama yang baik dalam perjalanan pendidikan mereka. Syabas buat semua si cilik hebat pratadika 2025! Kami tidak sabar untuk menyambut kehadiran mereka dalam sesi persekolahan yang sebenar tidak lama lagi.

Teruskan bersinar, anak-anak Pratadika! 🌟

Ragam hari pertama ada yang masih bersedih di belakang tu. (TH Genius)

Awak bawa bekal apa tu? (TH Genius)

Awak tahu ini warna apa? (TH Inovasi)

Ceria si cilik TH Inovasi.

Berhati-hati nak keluarkan topeng tu. (TH Inovasi)

Garangnya! Takut cikgu. (TH Inovasi)

Morning circle rutin guru setiap pagi. (TH Cemerlang)

Saringan kesihatan murid setiap pagi. (TH Cemerlang)

Cikgu betul tak saya pegang pensel macam ni? (TH Cemerlang)

Teknik pegang pensel yang betul buka jari macam ni ya. (TH Cemerlang)


Termenung jauh adik kita ni, ingat ibu di rumah ke? Hihi (TH Kreatif)

Jom kita mengenal huruf. (TH Kreatif)

Aktiviti menggunakan warna air.

Sesi PDP guru dahulu sebelum mengajar murid. (TH Intelek)

Sesi bacaan secara one-to-one. (TH Intelek)

Pratulis belajar menyurih dahulu. (TH Intelek)

Bersedia semua kita nak mewarna pula. (TH Bijaksana)

Wah! cantiknya bunga yang diwarna tu. (TH Bijaksana)

Fokus adik berdua ni mewarna. (TH Ilmu)

Cari pensel warna tak jumpa ke tu? (TH Ilmu)

Fokus si cilik membaca bacalah. (TH Ilmu)

Bagus si cilik ini menjaga adab semasa berdoa. Fokus! (TH Jaya)

Semua tengok papan putih cikgu nak tunjuk cara surih yang betul. (TH Jaya)

Jom kita baca arahan dahulu. (TH Minda)

Tengok apa tu? (TH Minda)

Wah! banyaknya sticker. (TH Minda)

Kemas dan fokus adik berdua ni membuat aktiviti. (TH Minda)

Jom kita buat crown pula. (TH Pintar)

Cikgu macam mana nak buat ni? (TH Pintar)

Cikgu cantik tak crown saya? (TH Pintar)

Comel semuanya menggayakan crown. (TH Pintar)


Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Dengan ini maka berakhirlah sudah sesi pratadika 2025. InsyaAllah kita akan berjumpa kembali pada 13 Februari 2025 nanti. Selamat bercuti anak-anak hebat pratadika. 

Terima kasih juga kepada ibuayah yang memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing anak-anak hebat ini. 

Sekian terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Monday, February 3, 2025

PENUTUP TIRAI SESI PERSEKOLAHAN 2024!

Staf dan barisan guru hebat MyBistari Group.

 Hari Anugerah Cemerlang Sesi 2024: Perayaan Kejayaan Anak-anak Hebat

Pada tanggal 12hb Januari 2025, Pusat Bandar Atrium, Pasir Gudang, menjadi saksi sebuah peristiwa gemilang yang diadakan untuk meraikan anak-anak hebat MyBistari Group. 

Seawal jam 8 pagi, suasana di perkarangan atrium telah dipenuhi oleh ibu bapa yang bersemangat untuk menyaksikan detik bersejarah anak-anak mereka menerima penghargaan.

Seramai 170 orang murid telah menerima Anugerah Khas Cemerlang, manakala 107 orang murid pula menerima Anugerah Khas Bacaan. Pencapaian ini adalah bukti usaha gigih dan dedikasi anak-anak hebat ini sepanjang sesi pembelajaran mereka.

Tidak hanya sekadar majlis penyampaian anugerah, acara ini turut diserikan dengan 23 persembahan memukau oleh murid-murid 6 tahun dari 8 cawangan MyBistari Group. Dari tarian yang penuh bertenaga, pentomen yang menyentuh hati, drama muzikal yang kreatif, hingga nasyid dan dikir barat yang penuh tradisi – semuanya memancarkan bakat dan keyakinan anak-anak MyBistari.

Hari Anugerah Cemerlang ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada pencapaian akademik dan kokurikulum, tetapi juga menjadi platform untuk memupuk keyakinan diri, semangat kerjasama, dan kreativiti dalam kalangan anak-anak. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih besar di masa hadapan. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga kepada tenaga pengajar serta ibu bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka! 🌟

Seawal pagi Atrium dipenuhi dengan kehadiran ibubapa MyBistari Group.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh wakil cilik MyBistari Group Adik Harris Imran (TH Pintar)
& Adik Maryam Mikayla (TH Genius).

Otai-otai MyBistari Group-Pengacara majlis Pn. Shawariah bergandingan bersama Pn. Norafizah
bergambar bersama Pengurus Operasi MyBistari Group Pn. Suhaila.

Kata-kata ucapan perasmian dari penasihat dan founder MyBistari Group
Encik Ahamed Tamizi bin Osman.

Penyambut tetamu yang sentiasa tersenyum.

Si cilik hebat menanti giliran untuk menerima anugerah.

Persembahan selingan dari murid K2.

Bermacam gaya persembahan. Comel!

Watak yang paling menjadi untuk persembahan drama muzikal "Mana Nak Lari"
dari anak-anak TH Pintar.

Bersilat pun ada. Macam-macam bakat yang ditonjolkan oleh anak-anak.

Persembahan khas dari Fanpekka pun ada. Meriah!

Apa yang Tontti fikirkan tu?


Seronok anak-anak hebat menari bersama Tontti.

Tiga generasi di MyBistari.

Abadikan kenangan bersama keluarga.

Alat terbaru di MyBistari Group 360 rotating photobooth.

Penerima anugerah cemerlang.

Menunggu giliran untuk bergambar.

Happynya terima medal! Tahniah.

Hati-hati cikgu jangan tercucuk jarum pula.

Tema retro persembahan.

Terpaling sibuk unit hadiah kami.

Barisan penyampai hadiah terdiri daripada ibu-ibu hebat MyBistari.

Comel Founder kita Cikgu Zainun.

Begitulah momen-momen yang sempat dirakamkan sepanjang Hari Anugerah Cemerlang sesi 2024. Ibuayah boleh lihat sedutan video Hari Anugerah Cemerlang dan video penuh persembahan anak-anak di youtube kami. Tahniah sekali lagi untuk anak-anak hebat yang menerima anugerah dan tahniah juga untuk anak-anak hebat 6 tahun berani kehadapan untuk menonjolkan bakat dalam pelbagai persembahan.

Semoga kalian semua teruskan kecemerlangan dimasa akan datang dan selamat maju jaya.

Sekian terima kasih.

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon