Friday, February 13, 2026

3 HARI PENUH KETERUJAAN DI FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG!

Sempat bergambar di photobooth yang disediakan.

Lawatan Si Cilik 6 Tahun ke Festival Layang-Layang Sedunia di Bukit Layang-Layang

Pada 4 hingga 8 Februari 2026 yang lalu telah berlangsungnya Festival Layang-Layang Sedunia di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor selama 5 hari. Setelah sekian lama kami tidak berpeluang menyertai kerana jadual persekolahan yang tidak selari dengan tarikh festival, akhirnya tahun ini menjadi rezeki buat kami untuk membawa si cilik hebat 6 tahun menyaksikan sendiri kemeriahan festival bertaraf dunia ini.

Kami tidak melepaskan peluang membawa murid-murid 6 tahun selama 3 hari berturut-turut bermula 4 hingga 6 Februari 2026.

Lawatan dimulakan dengan murid dari zon Scientex dan Bistari Perdana. Walaupun pada sesi pagi tiada layang-layang yang naik di udara, anak-anak tetap seronok beriadah bersama rakan-rakan di Bukit Layang-Layang. Gelak tawa dan momen kebersamaan sudah cukup mencipta kenangan indah.
Lebih mengujakan, saat-saat akhir sebelum pulang, 2–3 layang-layang mula berterbangan di udara — sorakan dan wajah teruja anak-anak benar-benar menceriakan suasana!

Hari kedua melibatkan murid 6 tahun dari zon Taman Rinting, Taman Kota Puteri, Taman Bukit Dahlia dan Taman Mawar. Dari jauh lagi anak-anak sudah excited melihat layang-layang berwarna-warni memenuhi ruang langit. Walaupun cuaca agak terik, semangat mereka langsung tidak luntur!

Murid dari zon Kota Masai pula mengambil giliran hari ketiga. Suasana festival semakin meriah dan anak-anak tidak henti-henti menunjukkan reaksi kagum melihat pelbagai bentuk dan saiz layang-layang yang unik.

Lebih istimewa, kami berpeluang menyaksikan persembahan daripada pelayang dari Australia yang sudi membuat pertunjukan khas untuk anak-anak. Mereka membawa patung haiwan seperti kanggaroo dan puppet koala, malah turut bermain layang-layang berbentuk ular bersama si cilik hebat. Terima kasih orang baik atas kenangan manis ini!

Cikgu-cikgu pula tidak kurang hebatnya melayan anak-anak bermain bubbles dan menyediakan makanan untuk santapan bersama.

Ibu ayah juga sangat sporting! Ada yang menaja dessert dan kuih-muih untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan guru. Terima kasih atas rezeki dan sokongan yang tidak pernah putus buat anak-anak.

Semoga lawatan ini memberi pengalaman berharga dan kenangan terindah buat si cilik hebat 6 tahun.

Buat adik-adik 4 dan 5 tahun, bersabar ya… Insya-Allah bila tiba waktu dan masanya, cikgu-cikgu akan bawa kalian pula merasai pengalaman yang sama.

Berkumpul sebelum mendaki bukit. Hihi

Jom mulakan perjalanan.

Peace ✌

Terima kasih pihak penganjur memberikan tempat berteduh untuk si cilik hebat kami.

Mengisi masa terluang bermain bubbles bersama rakan.

Warna-warni layang-layang.

Jauh termenung ke tengok layang-layang yang meninggi tu. Hihihi

Wah! Banyaknya layang-layang.

Dah puas bermain jom kita isi perut.

Siap bawa cermin mata hitam.

Sesi bergambar mengikut cawangan.

Awak tengok tu banyaknya layang-layang.

Terima kasih orang baik sudi layan si cilik hebat kami.

Masing-masing berebut nak pegang layang-layang ini.

Sekali-sekala outing, seronok semuanya.

Aunty dari Australia membawa patung kangaroo untuk tatapan si cilik hebat.

Tengok apa tu?

Sempat lagi buat ice breaking di Bukit Layang-Layang.

6 sekawan nak tengok layang-layang, tapi layang-layang besar tak naik pula.

Lawatan dah tamat. Jom balik ke cawangan.

Alhamdulillah, selesai sudah lawatan si cilik hebat ke Festival Layang-Layang Sedunia tahun ini dengan penuh kenangan manis dan pengalaman bermakna. Setiap senyuman dan keterujaan anak-anak menjadi memori yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Seperti kata adik Khalish dari Tadika Hebat Minda, “Walaupun penat tapi seronok!” — itulah ayat paling jujur yang menggambarkan keseluruhan pengalaman lawatan ini. Penat berjalan di bawah cuaca terik, tetapi hati tetap gembira melihat layang-layang berterbangan di langit.

Terima kasih kepada guru-guru dan ibu ayah yang sentiasa memberi sokongan padu. Insya-Allah, jika ada rezeki tahun hadapan, kita akan kembali lagi ke Bukit Layang-Layang bersama kumpulan murid yang lain pula.

Kenangan kecil hari ini, insya-Allah menjadi cerita indah mereka suatu hari nanti. 🌈✨

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon