Tuesday, August 27, 2024

APA ITU KELAS BISTARI?

 Bismillahirrahmanirrahim

Apa itu kelas Bistari?

Kelas Bistari adalah salah satu keistimewaan yang ada di MyBistari Group.  Kelas Bistari diwujudkan untuk menggarap potensi yang ada pada anak-anak dan merangsang anak-anak supaya lebih kreatif serta berketerampilan. Selain itu, kelas bistari juga merupakan persediaan maksimum untuk anak-anak memasuki darjah 1. Silibus yang digunakan mengikut tahap kebolehan anak-anak.

Justeru, kami di MyBistari Group telah mengadakan program penerangan kelas bistari khas untuk ibu ayah yang anak-anaknya terpilih untuk memasuki ke kelas bistari pada semester kedua nanti. Program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat dan penerangan tentang keistimewaan kelas bistari berbanding kelas normal. Jadi dengan info-info yang diterangkan di dalam program ini dapat membuka mata ibu ayah untuk anak sertai kelas bistari. Bukan sekadar hanya mendengar persepsi dari orang luar tentang kelas bistari ini.

Alhamdulillah program ini telah dijalankan dengan jayanya pada 24hb Ogos 2024, Sabtu untuk slot yang pertama. InshaAllah slot yang kedua akan dijalankan pada 8hb September 2024, Ahad. Jadi bagi ibu ayah yang masih belum mendaftar, bolehlah mendaftar dengan kadar segera agar info yang diterima tentang kelas bistari lebih jelas dan terperinci lagi.

Program ini bukan sekadar sesi penerangan kelas bistari sahaja, malah ibu ayah juga diajarkan kaedah dan teknik pengajaran sempoa. Ilmu yang diberikan ini sangat mahal dan berharga yang susah untuk diperolehi pada zaman sekarang ini. 

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh ibu ayah demi masa depan anak-anak kita.

Jom kita saksikan koleksi gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.

Pengesahan nama di kaunter pendaftaran.


Fokus ibu ayah mendengar perkongsian ilmu dari Cikgu Tamizi.

Antara buku keluaran MyBistari untuk kelas 6 Bistari.

Rehat dijamu dengan nasi lemak dan kuih-muih.

Pameran buku hasil kerja murid bistari.

Cikgu Zainun tidak lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama ibu-ibu yang hadir.

Kaum bapa pun tidak lepaskan peluang untuk bertanya lebih lanjut tentang kelas bistari.

Dah bersedia ke semua nak belajar sempoa.

Pening ke tu belajar sempoa. Hihihi

Fokus!

Jika tak faham jangan malu-malu bertanya.

Semangat Cikgu Tamizi mengajar sempoa.

Bapa-bapa juga tidak kurang hebatnya.

Satu-satunya pasangan ibu ayah yang hadir.

Jangan malu bertanya ya bapa-bapa jika tak faham.

Berlumba siapkan latihan.

Fokus siapkan latihan yang diberikan.

Penutup soal jawab bersama Cikgu Zainun.

Beramah mesra sebelum pulang.

Barisan guru yang bertugas.



Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog saya pada kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu ayah yang sudi hadir ke program-program yang kami anjurkan. Semoga segala ilmu dan perkongsian ini dapat digunakan semaksimum mungkin untuk diaplikasikan kepada anak-anak hebat ibu ayah.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Wednesday, August 21, 2024

JOM BELAJAR SOLAT SUBUH

 Bismillahirrahmanirrahim

Bertafakur sementara menunggu kawan-kawan yang lain mengambil wudhuk. (TH Pintar)


Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا حَجَّ خَمْسِينَ حَجَّةً مَعَ آدم

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Fajar (subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.”


Praktikal solat merupakan aktiviti untuk murid 6 tahun. Aktiviti ini dilakukan secara bertahap pada setiap tahun. Setiap murid 6 tahun wajib melakukan praktikal solat ini kerana guru kelas akan menilai pergerakan dan bacaan murid untuk diberikan gred terhadap kefahaman anak-anak dalam perlaksanaan solat ini.
Sejak dari awal semester lagi, anak-anak ditugaskan untuk menghafal bacaan dalam solat dan surah lazim secara berperingkat. Dari doa iftitah sehinggalah bacaan tahiyat akhir.Kini tibalah masanya kesemua hafalan dirangkumkan dalam praktikal solat diakhir semester ini.
Pada kali ini, praktikal solat subuh sahaja yang dilakukan oleh anak-anak 6 tahun. Praktikal solat yang lain akan menyusul pada semester kedua nanti. Jadi ada masa lagi untuk anak-anak memperbaiki bacaan dalam solat. Bagi anak-anak yang sudah hafal boleh praktikkannya di rumah agar tidak lupa bait-bait bacaan dalam solat.
Walaupun solat tidak diwajibkan untuk kanak-kanak tetapi sejak dari kecillah kita sebagai ibu ayah perlu mengajak anak-anak untuk menunaikan solat agar mereka tahu kewajipan mereka sebagai umat islam.
Semoga dengan adanya aktiviti praktikal solat dapat menyuntik semangat anak-anak menunaikan solat di rumah dan memberi pengalaman yang berharga untuk anak-anak.
Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang aktiviti ini dilakukan.
Sebelum mulakan solat kita ambil wudhuk dahulu ya. (TH Inovasi)

Rukun wudhuk terakhir cuci kaki ke buku lali. (TH Inovasi)

Berdiri tegak menghadap kiblat (TH Inovasi)

Meh sini cikgu betulkan telekungnya. (TH Pintar)

Iqamat dahulu sebelum mulakan solat. (TH Genius)

Posisi tangan pastikan betul. (TH Genius)


Posisi tangan ketika sujud ramai anak-anak silap. (TH Pintar)

Rukuk posisi badan perlu betul menegak 90 darjah. (TH Pintar)

Bacaan doa qunut tidak dilupakan. (TH Jaya)


Langkah yang berani untuk jadi imam. Tahniah! (TH Jaya)

Sujud dengan khusyuk ya. (TH Jaya)

Ambil mood untuk khusyuk dalam solat. (TH Ilmu)

Bacaan doa qunut diketui oleh imam cilik. (TH Ilmu)

Tahiyat akhir. (TH Bijaksana)

Berwarna-warni telekung murid perempuan. (TH Bijaksana)

Khusyuk masing-masing membaca doa qunut. (TH Intelek)

Cikgu juga sibuk memantau pergerakan murid. (TH Intelek)

Sentiasa ada yang memerhati. Hihihi (TH Intelek)

Eh pandang apa tu? (TH Cemerlang)

Menguap ke tu? hihi (TH Cemerlang)

Tugasan guru untuk membetulkan posisi murid. (TH Cemerlang)

Alhamdulillah selesai sudah praktikal solat subuh. (TH Bijaksana)

Selesai solat jangan lupa berdoa. (TH Pintar)



Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di blog yang seterusnya.

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~

Tuesday, August 20, 2024

SUASANA PEPERIKSAAN DI MyBISTARI GROUP

Bismillahirrahmanirrahim

Pengawasan kelas oleh guru bertugas. (TH Intelek)

Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan semester 1 bagi sesi 2024 yang telah dijalankan selama 4 hari bermula pada 14hb Ogos 2024. Inilah masanya untuk anak-anak menunjukkan hasil pemahaman daripada pengajaran yang diajar oleh guru-guru selama 1 semester ini.

Pengalaman baru untuk anak-anak 5 tahun yang pertama kali menduduki peperiksaan. Macam-macam ragam anak-anak pada hari pertama menduduki peperiksaan. Ada yang cuba meminta jawapan dari guru bertugas, ada yang termenung panjang, ada yang berborak dengan kawan, ada yang menangis dan bermacam-macam lagi ragam anak-anak 5 tahun.

Lain pula bagi murid 6 tahun yang sudah ada pengalaman menjawab soalan pada tahun sebelum ini dan ujian penilaian pada bulan Mei lepas. Anak-anak 6 tahun agak tenang dan tidak banyak ragam, kalau ada pun 2 atau 3 orang sahaja yang mengeluh penat lagi-lagi subjek Pendidikan Seni. Yela mana tak mengeluh, waktu PDP kalau tak siap boleh bawa balik sambung buat di rumah tetapi untuk peperiksaan ini wajib siapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.Hihi sabar ya anak-anak.

Begitulah ragam dan keletah anak-anak sepanjang peperiksaan ini dijalankan. Semoga anak-anak hebat MyBistari memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan pada kali ini. Apa pun keputusannya cikgu berbangga kerana kamu semua sudah lakukan sehabis baik. Insyaallah keputusan akan dikeluarkan pada 5hb September 2024, Khamis di website kami MyBistari Group

Ibu ayah jangan lupa janji temu kita untuk hadir ke tadika sempena hari terbuka yang akan diadakan pada 18hb September 2024 untuk anak 5 tahun dan 19hb September untuk anak 6 tahun. Bagi ibu ayah yang mempunyai anak 5 dan 6 tahun, ibu ayah boleh memilih salah satu dari tarikh tersebut untuk hadir ke tadika.

Jom kita lihat gambar dan video sepanjang sesi peperiksaan ini dijalankan.

Baca dan fahamkan arahan sebelum menjawab. (TH Intelek)

Fokus ya anak-anak untuk sesi penerangan kertas soalan. (TH Intelek)

Bertenang dahulu ya anak-anak. (TH Bijaksana)

Muka surat tidak boleh sama dengan kawan di sebelah. (TH Bijaksana)

Fokus masing-masing menjawab soalan. (TH Bijaksana)


Fokus subjek sempoa. (TH Cemerlang)


Sempoa 6 Bistari mencabar sedikit ada kombinasi. (TH Cemerlang)

Sempoa 6 tahun tiada kombinasi, tetapi perlu berhati-hati salah naikkan 1 bead (manik) jawapan boleh berubah. (TH Cemerlang)

Cikgu sentiasa memantau anak-anak sepanjang peperikaan. (TH Genius)

Fokus mewarna. (TH Genius)

Pendidikan seni 6 tahun. Warna cantik-cantik tau. (TH Genius)

Kemas adik ni mewarna. (TH Genius)

Padam sahaja jika tak yakin dengan jawapan. (TH Inovasi)

Cikgu hanya mampu memerhati sahaja. (TH Inovasi)

Yang mana satu ya jawapannya. (TH Inovasi)

Minggu yang sibuk untuk cikgu-cikgu MyBistari. (TH Inovasi)

Cubaan tanya cikgu jawapan ke tu. Hihihi (TH Ilmu)


Guru-guru diberikan taklimat sebelum menjaga periksa. (TH Ilmu)

Cikgu tak bagi jawapan pun, tapi cikgu terangkan semula kehendak soalan. (TH Ilmu)

Berdebar hati cikgu memerhati dari belakang. (TH Jaya)

Fikir dahulu sebelum jawab soalan. (TH Jaya)

Baca doa dahulu sebelum jawab soalan. (TH Jaya)

Macam vibes nak ambil SPM jauh jarak meja ya. (TH Kreatif)

Sunyi sepi tadika. (TH Kreatif)


Semak semula kertas soalan tu. (TH Minda)

Nama dan kelas anak-anak tulis sendiri. (TH Minda)



Tiada peluang nak berbual dengan kawan-kawan sepanjang peperiksaan. (TH Pintar)

Lebih berkat doa dari cikgu. (TH Pintar)

Dua orang guru bertugas untuk kelas 5 tahun. (TH Pintar)





Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog saya pada kali ini. Nantikan blog seterusnya tentang program dan aktiviti tadika.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon