|
Setelah sekian lama tidak jejak kaki di sini. |
Seronoknya Lawatan ke Perpustakaan Awam!
Raut wajah ceria anak-anak K2 begitu terserlah sepanjang lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang awal November lalu. Dari saat mereka menaiki bas, suara riang dan gelak tawa menghiasi perjalanan, tanda keterujaan untuk mengunjungi tempat yang penuh dengan buku dan aktiviti menyeronokkan.
Setibanya di perpustakaan, mereka terpukau melihat ruang bacaan kanak-kanak yang berwarna-warni dan dihias indah. Aktiviti yang disediakan oleh pihak pustakawan menganyam dan mewarna topeng begitu menarik perhatian mereka. Setiap anak memilih warna kegemaran, menganyam dengan teliti, dan mewarna dengan penuh semangat. Hasil karya mereka jadi sangat unik dan cantik!
Setelah itu, mereka dibawa ke kawasan bacaan kanak-kanak yang penuh dengan pelbagai jenis buku. Suasana menjadi sunyi seketika, kerana masing-masing asyik dengan buku pilihan. Ada yang memilih buku bergambar, ada pula yang membaca cerita dongeng dengan wajah penuh minat. Walaupun masa yang diperuntukkan hanya dua jam, keseronokan yang mereka alami terasa tidak mencukupi.
Lawatan kali ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi jelas membangkitkan minat mereka terhadap dunia membaca dan kreativiti. Melihat mereka pulang dengan senyuman dan pengalaman baru membuatkan lawatan ini sangat bermakna buat semua!
Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang lawatan ini.
|
Baca doa naik kenderaan dahulu sebelum bergerak. |
|
Fokus masing-masing mendengar taklimat dari Guru Besar. |
|
Masuk perpustakaan perlu senyap. |
|
Jom bergambar dahulu sebelum masuk perpustakaan. |
|
Berjalan masuk ke perpustakaan. |
|
Cikgu pengiring sentiasa berjaga-berjaga demi keselamatan anak murid tersayang. |
|
Kembar seiras TH Pintar. |
|
Ini pula kembar di TH Inovasi. |
|
Jom mewarna topeng. |
|
Wah! comel topeng Burung Hantu. |
|
Wah! yang ini pula topeng Ultraman. |
|
Sempat memerhati cikgu tulis nama, risau salah nama ke tu? hihihi |
|
Wah! Topeng monyet pun ada lah. |
|
Cikgu Norifah pun turun padang bantu memantau aktiviti murid. |
|
Fokus melihat tutorial membuat anyaman dari pustakawan yang bertugas. |
|
Cikgu juga turut membantu anak-anak membuat anyaman. |
|
Guru hanya membantu sedikit sahaja selebihnya usaha anak-anak siapkan anyaman. |
|
Pustakawan juga turut membantu anak-anak. |
|
Ultraman beraksi. |
|
Garangnya singa. |
|
Cikgu cantik tak anyaman saya? |
|
Rezeki anak-anak MyBistari menerima banyak cenderahati dari pihak perpustakaan. |
|
Cantik tersusun buku-buku diruangan bacaan kanak-kanak. |
|
Rambang mata ya nak pilih buku. |
|
Macam-macam gaya anak-anak membaca buku. |
|
Fokusnya membaca. |
|
Buku pilihan saya. |
|
Ada yang berkongsi cerita dengan kawan-kawan. |
|
Sebatang pokok menjadi rebutan untuk anak-anak membaca. |
|
Baca sampai habis tau buku tu. |
|
Ini baca ke tengok gambar je. Hihihi |
|
Cikgu pun tidak lepaskan peluang untuk menambah ilmu. |
|
Cantik pemandangan. |
|
Tamat sudah lawatan. Jom pulang ke tadika. |
Apalagi...Jom
follow, like, comment and share sosial media facebook dan tiktok rasmi kami untuk melihat pelbagai lagi aktiviti murid-murid hebat MyBistari Group.
Baiklah, sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak serta dapat menyuntik sifat suka membaca dikalangan anak-anak hebat kami.
Sekian, terima kasih.🌹
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
0 comments:
Post a Comment