Sunday, August 18, 2019

2019 UJIMINDA, BERCERITA DAN LEGO


 Bismillahirrahmanirrahim.




“Kancil pun sudah,
Badak pun sudah,
Ular pun sudah,
Tupai pun sudah,
Buaya pun sudah,
Kambing pun sudah,
Semua sudah,
Semua sudah,”
(Adik Nur Adibah Insyirah Bt Mohd Aeizuddin – Singa Yang Sombong)

Alhamdulillah, untuk bulan Julai dan Ogos tahun ini program dengan murid sudahpun selesai dengan jayanya. Pada mulanya kami agak bimbang juga kerana antara dua program ini jaraknya amat dekat sekali. Satu di akhir bulan Julai dan satu lagi di awal bulan Ogos, di tambah pula dengan cuti.  Tetapi berkat dedikasi dan sokongan para guru dan ibubapa, dan juga keizinan dipermudahkan urusan olehNya, hari ini kami semua dapat menarik nafas lega, tenang sebentar sebelum memikirkan program yang seterusnya.

Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego 2019 adalah pembuka kepada program-program yang telah kami susun untuk semester 2. Bertempat di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, acara ini kami adakan pada 27hb Julai 2019 (Sabtu).


Pentas sudah siap sedia menanti para peserta yang bakal beraksi.

En Ahamed Tamizi memberikan ucapan alu-aluan.
Semakin dekat tarikh pertandingan, semakin hebat latihan yang diadakan di tadika-tadika kami. Masing-masing dengan tekad yang satu, membawa nama tadika dan ‘maruah’ tadika masing-masing di atas pentas pertandingan, baik yang terlibat dengan pertandingan uji minda, pertandingan lego, pertandingan bercerita mahupun yang terlibat dengan persembahan, masing-masing ingin pamerkan yang terbaik.


"Eh.. sombongnya taknak sambut tangan yang saya hulur ni.." (TMPB)

Gerak tari yang kemas dan teratur. (TNPB)

"Awak, pandang sanalah, bukan pandang sini.." (TS2)
Mana warna hijau ni?

Masing-masing tekun membuat binaan menggunakan lego.


Maaf cikgu, saya angkat kaki eh, lebih selesa duduk
macam ni masa tengah buat bentuk.

Perrghhhh.. tingginya binaan adik!

Bila boleh mula ni cikgu?

Dengar arahan dari Puan Suhaila.

Para pengadil yang pening nak buat pilihan yang tepat.

Selain dari para ibubapa dan penjaga yang teruja melihat anak-anak mereka di atas pentas, para guru yang melatih murid-murid lebih rasa gementar di tepi, belakang dan hadapan pentas. Menanti soalan yang bakal dibacakan oleh para pembaca soalan.



Suasana di atas pentas sementara menanti pembaca soalan memulakan pertandingan.

Hai mama, papa! Saya kat atas pentas ni! Doakan kami ya!

Saya tujukan lagu ni, eh... silap, jawapannya Ya!

Awak.. fokus pada soalan please..

Alamak, macam tak cukup jari je ni.. nak kira macamana?

Cepat.. cepat tekan buzzer!!

Cikgu, saya lupalah nama penuh tadika saya.

Para peserta yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan.

Hinggakan ada yang turut ikut skrip bercerita semasa menyusun props murid lain di tepi pentas semasa peserta dari tadikanya beraksi di atas pentas. Tindakan di luar kawalan mungkin kerana matanya tidak tertumpu pada peserta, sibuk menyusun barang-barang, tetapi mulut terkumat kamit mengikut skrip dan lenggok penceritaan peserta. Kami yang di bahagian audio tersenyum sahaja melihat dan mendengarnya, tidak mahu ganggu tumpuan mereka.


Cari apa tu? (Adik Afifah Safiyyah Bt Adam Muji - TNPB) 

Kesian Cinderella kena bersihkan rumah
(Adik Aida Batrisya Bt Mohammad Imran - TKM)

Tengah fikir apa tu Cik Singa?
(Adik Nur Adibah Insyirah bt Mohd Aeizuddin - TIPB)

Jangan laju sangat kayuh basikal tu!
(Adik Nurfarsiya AdrianaFazllizan Bt Abdul Hakim - TM)

Ha!!! Siapa nak kena terjah?
 (Adik Dayana Ayesha Bt Rahmat Hidayat - TS2)

Mari ramai-ramai kita berselawat.
(Adik Anas Bin Mohd Nizam - TS1)

Hahahahaha!! Dia tu lawak lah!
(Adik Nur Adlina Batrisyia Bt Mohd Hafiz - TMPB)

Sejuk pula masa hujan ni, nak terbersin saya..
(Adik Nur Syafiqa Binti Faizal - TIMB)

Hati-hati!! Kat tepi tu ada serigala!!
(Adik Ajwa Madani Bt Herman - TIB)

Terima kasih kami ucapkan kepada para ibu yang sudi menjadi pengadil untuk ketiga-tiga pertandingan yang kami adakan:

1) Pertandingan Uji Minda
- Puan Masrina Binti Othman (TNPB)
- Puan Nur Shazana Binti Abd Aziz (TM)

2) Pertandingan Lego
- Puan Nazatul Hikmar Binti Mohamed (TKM)
- Puan Noreta Binti Abd Latif (TIPB)

3) Pertandingan Bercerita
- Puan Siti Hajar Binti Abdul Ghafar (TS2)
- Puan Wan Haznita Binti Wan Nawi (TS1)
Ini pula senarai pemenang bagi setiap pertandingan yang diadakan:

Para pemenang Pertandingan Bercerita 2019:
1)  Adik Nur Adibah - TIPB
2) Adik Nur Adlina Batrisyia - TMPB
3) Adik Anas - TS1

Para pemenang Pertandingan Lego 2019 :
1) Adik Muhammad Ammar Amsyar - TM
2) Adik Damia Nur Hana - TKM
3) Adik Muhammad Hafiz Zakwan - TIMB

Para pemenang Pertandingan Uji Minda 2019 :
1) Adik Nur Afifah Farisha - TIPB
2) Adik Nur Ain Syafiyah - TNPB
3) Adik Arissa Annur - TIB 
Disini kami kongsikan video-video persembahan murid-murid, pertandingan bercerita dan pertandingan uji minda untuk tatapan semua. Maaf kerana perkongsian agak lewat kerana beberapa perkara yang tak dapat kami elakkan.

Dikir Puteri - TS2

Kurik Kundi - TNPB

Gadis Melayu - TMPB

Adik Afifah Safiyyah Bt Adam Muji - TNPB



Adik Ajwa Madani Bt Herman



Adik Nur Adibah Insyirah bt Mohd Aeizuddin - TIPB



Adik Nur Adlina Batrisyia Bt Mohd Hafiz - TMPB



Adik Nur Syafiqa Binti Faizal - TIMB



Adik Anas Bin Mohd Nizam - TS1



Adik Aida Batrisya Bt Mohammad Imran - TKM



Adik Dayana Ayesha Bt Rahmat Hidayat - TS2



Adik Nurfarsiya AdrianaFazllizan Bt Abdul Hakim - TM



Pertandingan Uji Minda



Insyaallah akan kami kongsikan video dan juga blog berkenaan Simulasi Haji Cilik 2019 yang juga telah diadakan pada awal bulan Ogos yang lalu. Maaf sekali lagi di atas kelewatan posting ini.

~ Cikgu Norifah ~




0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon