Tuesday, June 11, 2024

SERUAN HAJI 2024

 Bismillahirrahmanirrahim


وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”

SHC pembuka tirai program tadika sesi 2024.


'Ala kulli haal, selesai sudah program yang dinanti-nantikan setiap tahun iaitu Program Simulasi Haji Cilik yang telah dijalankan pada 9hb Jun 2024, Ahad lepas. Program ini pembuka tirai program-program besar MyBistari pada tahun ini.

Seramai 232 orang murid 6 tahun dari 8 cawangan kami yang sertai program simulasi haji cilik pada tahun ini. Alhamdulillah penyertaan yang paling ramai pada tahun ini sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2015 lagi.

"Malam tadi anak saya mimpi pergi haji, hari ini realiti".
Begitulah komen salah seorang ibu di dalam siaran langsung tiktok kami. Terharu saya dengan komen tersebut. Walaupun sekadar simulasi sahaja tetapi impak yang besar untuk anak-anak tentang ibadah haji ini.

Tujuan kami menganjurkan program ini adalah untuk memberi gambaran dan ilmu pengetahuan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang menunaikan ibadah haji.

Seawal 7.00 pagi anak-anak sudah mula berkumpul di cawangan masing-masing untuk menaiki bas untuk bergerak ke tempat berhimpun di Gelanggang Serbaguna Taman Mawar kecuali murid dari TH Genius sahaja yang terus ke tapak berhimpun kerana jarak tempat berhimpun dan tadika sangat dekat.

Alhamdulillah, program ini berjalan lancar, cuaca yang baik Allah kurniakan untuk kami laksanakan program ini mengikut tentatif yang telah dirancang. Walaupun pada awalnya kami bimbang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula, ramalan cuaca hujan di sebelah pagi. Tetapi Allah sebaik-baik perancang, selesai semua jemaah haji cilik melakukan keenam-enam checkpoint hujan mulai turun. 

Pelbagai gelagat jemaah haji cilik kami, ada yang tewas di checkpoint pertama kerana cuaca terlalu terik tetapi tidak patahkan semangat jemaah haji cilik yang lain untuk teruskan perjuangan sehingga ke checkpoint terakhir.

Semoga dengan program ini dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada anak-anak hebat ini.

Jom kita lihat gambar dan video sepanjang program berlangsung.

Persediaan guru menjelang SHC.


Peralatan yang digunakan untuk program.

Sijil pun sudah siap menanti tuannya.

Sabtu malam peralatan diambil untuk dibawa ke tapak program.

Sebahagian guru yang bertugas malam untuk setup gelanggang.

Alhamdulillah berkat kerjasama siap semuanya tepat jam 10.00 malam.

Berpagian di gelanggang.

Taklimat sebelum program.

Kehadiran jemaah haji dari TH Genius.

Jemaah haji cilik TH Genius.

Kehadiran jemaah haji cilik dari TH Bijaksana.

Hati-hati turun bas tu.

Terima kasih Cikgu Aqidah jalankan tugas dengan baik untuk keselamatan jemaah haji.

Terima kasih ibu ayah yang sudi hadir untuk menyaksikan program ini.

Tidak lengkap program tanpa pengacara majlis.

Mutawiffah yang akan mengetuai kumpulan jemaah haji cilik.

Bacaan doa dari Encik Wan Mohd. Al-Hafidz.

Khusyuk adik Imran kita mengaminkan doa.

Segak dan cantik anak-anak berpakaian ihram.

Penerangan rukun haji oleh Pn. Norafizah Salleh.

Khusyuk adik-adik kita dalami rukun haji.

Checkpoint pertama, wukuf di Arafah.

Checkpoint kedua Mabit di Muzdalifah, kutip 21 biji batu.

Melontar jamrah checkpoint ketiga.


Checkpoint keempat tawaf keliling kaabah sebanyak 7 kali.

Saie berlari-lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, checkpoint kelima.

Checkpoint akhir bertahalul.

Selesai bercukur, rambut disimpan di dalam bekas yang kami sediakan.

Jemaah Haji Cilik TH Genius.

Jemaah Haji Cilik TH Cemerlang.

Jemaah Haji Cilik TH Pintar.

Jemaah Haji Cilik TH Intelek dan TH Jaya.

Jemaah Haji Cilik TH Bijaksana.

Jemaah Haji Cilik TH Inovasi.

Jemaah Haji Cilik TH Ilmu.

Terima kasih ibu-ibu yang sudi terima pelawaan kami untuk menjadi Mutawifah.


Apalagi...Jom follow, like, comment & share!

Baiklah, sampai di sini sahaja blog saya pada kali ini. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang program ini berlangsung. 

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon