Bismillahirrahmanirrahim.
Anak-anak
istimewa buat ibu bapa yang istimewa.
“Kami tak
rasa kami istimewa, kami mak ayah yang diuji untuk syukur nikmat Allah.” Ayat
yang amat terkesan di hati saya ketika sesi bertemu ibu bapa sewaktu
saya menjadi guru besar di TPB Taman Scientex 1. Sudah lebih 10 tahun pertemuan
itu, tapi sehingga sekarang masih terbayang wajah anak murid saya itu dan juga
ibunya. Seorang ibu yang hanya berharap anaknya mengenal huruf dan dapat
bergaul dengan anak-anak yang lain. Tetapi murid kami ini sangat bijak, di usia
5 tahun sudah membaca sehingga Read Easy dan kehadirannya senantiasa dinanti
oleh rakan sekelas dan juga kami para guru. Rakan-rakan sekelas juga sudah
faham jadual persekolahannya, hari Rabu dia takkan hadir kerana ada slot di
hospital.
Bagi anak-anak
yang istimewa ini, kami akan hubungi ibu bapa untuk hadir ke tadika untuk
membincangkan berkenaan anak-anak mereka. Maafkan kami jika ada di antaranya
yang terpaksa kami berhentikan kerana kami tidak dapat memberi khidmat yang
terbaik, tiada di kalangan kami yang pakar dalam mendidik anak-anak ini.
Keselamatan mereka keutamaan kami. Bimbang jika berlaku apa-apa ketika sesi
P&P sedang berjalan.
Sesungguhnya,
kami amat memandang tinggi dan hormat ibu bapa sebegini. Masa 3 jam ketika anak-anak
ini di tadika sudah cukup membuat kami turut merasa mencabarnya menjaga
anak-anak istimewa ini. Bayangkan mereka yang menjaga mereka setiap hari di
rumah, pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Hats off!
Jika suatu
masa dahulu, kami akui kami kurang pengetahuan dan pendedahan berkenaan dengan
anak-anak istimewa ini, tetapi Ahamdulillah sekarang ini dengan perkongsian
yang kami perolehi dari media massa, pihak autoriti dan juga para ibu bapa yang
arif dalam bidang ini, ianya membuka minda dan memberi lebih kefahaman kepada
kami di MyBISTARI.
Kefahaman
dan kesedaran inilah yang menyebabkan kami mengadakan Program Keibubapaan –
Cabaran Pendidikan Anak Berkeperluan Khas pada hari Sabtu, 28hb Ogos yang lalu.
Kami amat berharap dengan adanya program sebegini, lebih membuka minda kita
semua berkenaan hal-hal yang terkait dengan anak-anak ini.
Jutaan
terima kasih kami ucapkan kepada Puan Hasniza Binti Che Mat, guru pendidikan
khas Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort kerana sudi berkongsi ilmu dengan
kami dan para penonton. Terima kasih juga kepada dua ibu yang sangat hebat,
Puan Janariah Binti Mat Amin dan Puan Maizan Binti Abd, Hamid atas perkongsian
pengalaman menjaga dan membesarkan anak-anak berkeperluan khas. Program yang
diadakan secara langsung di Youtube, Alhamdulillah dapat berjalan dengan lancar
dan baik. Maaf sekiranya sepanjang acara berlangsung terdapat beberapa
kesilapan teknikal yang tak dapat kami jangkakan.
Di sini kami
kongsikan beberapa gambar sepanjang program ini berlangsung.
![]() |
Bismillahirrahmanirrahim. Program pun bermula. |
![]() |
Pemudahcara majlis program, Cikgu Noor Faridah. |
![]() |
Ucapan alu-aluan dari Founder MyBISTARI GROUP, Puan Zainun Mat Lazim. |
![]() |
Puan Hasniza Che Mat, guru pendidikan khas, SK Tanjung Puteri Resort. |
![]() |
Puan Noor Suhaila, selaku moderator program. |
![]() |
Terima kasih Puan Maizan kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami. |
![]() |
Perkongsian dari Pn Janariah amat kami hargai. |
Antara ilmu yang dikongsikan ketika program.