 |
Lari selamatkan diri. (TH Cemerlang) |
Latihan Kebakaran Tadika MyBistari Group 2024: Si Cilik Sedia Beraksi!
Tanggal 22 September 2024 menjadi pembuka tirai aktiviti semester kedua buat anak-anak comel di semua Tadika Hebat MyBistari Group setelah seminggu bercuti. Aktiviti latihan kebakaran ini bukan sahaja melatih mereka tentang keselamatan, malah menghidupkan suasana haru-biru dan kekecohan di tadika yang pastinya sukar dilupakan.
Seawal pagi, kelibat si cilik memenuhi perkarangan tadika, penuh semangat dan rasa ingin tahu. Pelbagai gelagat dan aksi menarik terpapar tatkala mereka diajar cara-cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. Ada yang berlari sambil mengibarkan tangan, ada juga yang dengan gaya berani meniru gaya abang bomba, lengkap dengan aksi berlari sambil menutup hidung dan mulut.
Sepanjang latihan, si kecil diajar teknik berkumpul di titik selamat, dengan guru-guru memberi panduan penuh mesra. Terdengar suara tawa dan sorakan, namun yang paling penting, mereka memahami betapa pentingnya aspek keselamatan.
Latihan kebakaran ini tidak hanya menjadi pelajaran serius tetapi juga ruang untuk anak-anak berimaginasi dan mengembangkan kemahiran sosial.
Di sini juga kami kongsikan gelagat comel anak-anak sepanjang aktiviti ini. Memang mencuit hati!
Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan latihan seperti membantu anak-anak kita bersedia jika berlaku kecemasan sebenar.
 |
Huh lega sudah berada di titik selamat. (TH Genius) |
 |
Lari...lari tiada masa nak selamatkan harta benda. (TH Genius) |
 |
Tangga kecemasan di TH Genius. |
 |
Tunggang-langgang kelas. Hebat lakonan anak-anak. (TH Intelek) |
 |
Pintu kecemasan di TH Intelek. |
 |
Cepat lari anak-anak! (TH Intelek) |
 |
Nak baca doa ke nak tutup hidung dan mulut tu. Hihihi (TH Intelek) |
 |
Jika ada kecemasan kita nak hubungi di talian apa? (TH Intelek) |
Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga anak-anak terus bersemangat hadir ke sekolah untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik lagi.
Apalagi...Jom follow, like, comment & share sosial media kami!
Sekian, terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~