Wednesday, October 18, 2023

KEBAKARAN DI TADIKA!!

 



Pada minggu lepas, buat julung kalinya pihak kami telah menjemput wakil Ahli Bomba iaitu Tuan Nazarudin dan Encik Shahidun untuk memberi taklimat latihan kecemasan dan kebakaran kepada semua guru-guru serta staf di Mybistari Group.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga Mybistari cara untuk melepaskan diri dari kebakaran serta langkah yang perlu dilakukan jika berlakunya kebakaran.

"Malang tidak berbau", begitulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan. Kadang-kadang rumah yang kita diami dan tempat kerja yang kita pergi setiap hari belum tentu selamat. Oleh itu, menjadi keperluan kita untuk mempelajari sedikit ilmu tentang cara selamatkan diri dari kecemasan dan kebakaran.

Tahukah anda api terjadi dari elemen apa?

Api terjadi dari 3 elemen iaitu oxygen, haba dan bahan. 

Dari taklimat dan latihan ini, guru-guru juga dapat mengambil sedikit ilmu untuk disampaikan kepada murid-murid untuk program latihan kecemasan dan kebakaran yang diadakan pada 12 Oktober 2023 lepas di seluruh cawangan Mybistari Group. 

Pelbagai kreativiti guru yang dihasilkan dalam menjayakan aktiviti latihan kebakaran ini. Pandai anak-anak Mybistari berlakon. Hihihi 

Seronok melihat keletah anak-anak dalam aktiviti latihan kebakaran ini. Semoga dengan aktiviti yang diadakan ini dapat memberi sedikit pengajaran dan info tambahan kepada anak-anak.

Jom kita lihat gambar dan video aktiviti ini.

Taklimat dan perkongsian yang bagus dari Tuan Nazarudin.

Taklimat latihan kebakaran oleh Encik Shahidun.

Jaga jarak. Takut api menyambar.

Banyaknya api, walaupun api tipu. Hihihi (THB)

Fokus semuanya dengar taklimat dari Cikgu Ayu. (THB)

Cikgu Fadiah menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api. (THB)

Lari...lari ada kebakaran. (THC)

Laluan kecemasan digunakan untuk selamatkan diri. (THC)

Hati-hati turun tangga kecemasan tu. (THC)

Cepat keluar ada api. (THIL)

Tenangkan diri dahulu. (THIL)

Selamatkan diri cepat. Api semakin marak. (THP)

Dengar dan fahamkan taklimat cikgu. (THP)

Tutup hidung bagi mengelakkan lemas bau asap. (THINV)

Masih ada asap lagi. Tutup hidung. (THINV)

Bongkokkan badan untuk selamatkan diri. (THG)

Alhamdulillah kami selamat dari kebakaran. (THG)








Apalagi...Jom follow, like, comment and share!!

Sekian, terima kasih.🌹


~Cikgu Azreen~

Thursday, October 12, 2023

PENUTUP TIRAI PROGRAM KEIBUBAPAAN SESI 2023


 Assalamualaikum. 🌹



Tayangan video aktiviti tadika sementara menunggu program dimulakan.


"Usaha, doa dan tawakal. Kejayaan pasti milik kita".💪

Anak-anak hebat bermula dari ibu bapa yang hebat. Hendak anak berjaya sudah pasti ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak.

Pihak kami hanya mampu menganjurkan program-program untuk membantu ibu bapa tentang teknik-teknik pengajaran  seperti bacalah dan juga sempoa. Selebihnya ibu bapa yang perlu berusaha untuk menghadiri program-program kami untuk sama-sama membantu kami meningkatkan lagi prestasi pengajaran anak-anak.

Alhamdulillah selesai sudah program keibubapaan dan teknik pengajaran sempoa K1 pada 8 Oktober 2023.Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan teknik-teknik yang menarik oleh Cikgu Tamizi.

Selain dari teknik pengajaran sempoa, Cikgu Tamizi juga sempat berkongsi slot motivasi bertajuk strategi penghancuran ke atas remaja islam.

Maka dengan ini selesailah sudah program keibubapaan untuk tahun ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi mengambil bahagian dan menghadiri program-program yang telah kami anjurkan pada tahun ini. 

Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua dan digunakan untuk mendidik anak-anak di rumah. Guru-guru hanyalah watak sampingan untuk mendidik dan mencorak anak-anak di sekolah selebihnya tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak-anak menjadi insan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

    Risau zaman sekarang- Semakin meningkat bilangan anak muda lari dari rumah.

Nasi lemak santapan waktu rehat ibu ayah. 


Kami juga sediakan kaunter pembelian sempoa dan kad sukukata jawi.


Besar sempoa Cikgu Tamizi. Hihihi

Fokus golongan bapa belajar sempoa.

Tetap semangat ibu-ibu belajar sempoa ya.

Tidak perlu risau jika tidak faham- Team kami sedia membantu.

Masa untuk isi maklum balas program.

Haaa jika tak isi Cikgu Zainun tak bagi balik. Hihihi

Okay dah boleh balik. Terima kasih sudi hadir.



Apalagi...Jom follow, like, comment and share!!

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~


Tuesday, October 10, 2023

PERLAKUAN SELAMAT DI JALAN RAYA (PKJR)

 

Simbol-simbol jalan raya.

Assalamualaikum

Apa khabar semua, sihat?

Semoga semuanya berada di dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Almaklumlah keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu bertambah pula musim jerebu yang sedang melanda di Pasir Gudang sekarang ini. Jaga diri semua!!

Berbalik pada blog kita pada hari ini, saya ingin ceritakan serba sedikit tentang tema mingguan perhimpunan di Mybistari Group yang telah dijalankan pada hari Ahad lepas iaitu berkaitan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang bertemakan topik pengenalan simbol papan tanda dan perlakuan selamat dan tidak selamat di jalan raya kepada anak-anak.

Topik pada kali ini, anak-anak telah didedahkan tentang fungsi setiap simbol papan tanda seperti simbol berhenti,simbol lampu isyarat, simbol bonggol, simbol dilarang masuk, simbol kanak-kanak melintas jalan dan simbol dilarang memotong.

Selain itu, anak-anak turut diberi penerangan tentang perlakuan selamat dan tidak selamat ketika di jalan raya, seperti penggunaan topi keledar, beratur ketika menaiki bas, melintas jalan bersama-sama dengan orang dewasa dan sebagainya.

Manakala perlakuan yang tidak selamat pula seperti tidak menggunakan topi keledar ketika menaiki motosikal atau memakai topi keledar tetapi tidak mengikat tali dengan kemas, tidak beratur dan bertolak-tolak ketika menaiki bas serta melintas jalan bersendirian.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang sesi perhimpunan ini diadakan.

Siapa tahu ini simbol apa? (TH Intelek)

Simbol kanak-kanak melintas jalan cikgu. (TH Intelek)

Apa yang perlu kita lakukan jika melintas jalan? (TH Cemerlang)



Kenderaan perlu berhenti jika nampak simbol ini. (TH Ilmu)

Semangat Cikgu Nurin beri penerangan. (TH Ilmu)

Eh awak buat apa tu? Pandang depan la. (TH Berjaya)

Siapa tahu ini simbol apa? (TH Berjaya)

Yels cikgu kat sana ada bonggol. (TH Berjaya)

Betul ke perlakuan kanak-kanak ini melintas jalan? (TH Inovasi)


Fokus anak-anak di TH Bijaksana mendengar penerangan guru bertugas.



Semoga dengan sedikit penerangan dan pendedahan daripada guru-guru kepada anak-anak sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan di jalan raya.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Sunday, October 1, 2023

MINGGU MAULID DI MYBISTARI

Assalamualaikum.

ABM yang digunakan untuk penerangan tentang biografi Nabi Muhammad S.A.W
(TH Intelek)

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi S.A.W dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab:56)

Sempena bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tadika kami telah mengadakan minggu maulid bagi memperingati dan menyemarakkan lagi cinta dan kasih sayang kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Minggu maulid ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 17 September sehingga 1 Oktober 2023. Minggu maulid diadakan adalah untuk mengenalkan murid tentang biografi Nabi Muhammad S.A.W, menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai uswatun hasanah dari segi akhlak dan ibadah serta mengajar murid berselawat.

Pada 27 September 2023 merupakan hari kemuncak minggu maulid, anak-anak telah memakai pakaian bebas. Murid lelaki segak dengan memakai baju melayu dan murid perempuan manis dengan pakaian baju kurung dan jubah untuk sambutan maulidurrasul di semua cawangan Mybistari Group.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang minggu maulid ini ialah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, perhimpunan mingguan bertemakan sirah Nabi Muhammad S.A.W, aktiviti membuat mini sepanduk, mencari perkataan serta warnakan poster bertemakan maulidurrasul. Penutup minggu maulid anak-anak telah berarak di dalam kawasan tadika sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dengan memegang mini sepanduk hasil dari aktiviti yang telah anak-anak lakukan.

Semoga dengan usaha kecil kami ini dapat memberi impak kepada anak-anak dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola dan contoh tauladan yang baik di dalam kehidupan seharian.

Jom kita lihat gambar dan video sepanjang minggu maulid ini berlangsung.

Comel anak-anak berbaju kurung dan baju melayu. (TH Bijaksana)



Fokus mewarna poster. (TH Bijaksana)

Betul ke ini jawapannya? (TH Bijaksana)

Surih dahulu perkataan di bawah sebelum mewarna (TH Genius)

Cikgu saya tak sedia lagi la. (TH Genius)

Fokus semuanya membuat aktiviti (TH Genius)

Warna cantik-cantik ya. (TH Ilmu)

Comel adik ini memakai serban. (TH Ilmu)

Waaah cantiknya! Pandai awak mewarna. (TH Ilmu) 



Inilah mini sepanduk kami. (TH Intelek)

Berarak sambil memegang mini sepanduk. (TH Intelek)

Hati-hati gunting tu. (TH Inovasi)


Tengah fikir ke tu nak guna warna apa? (TH Inovasi)



Warna mengikut kreativiti. (TH Jaya)

Wow colorful mini sepanduk adik ni. (TH Jaya)

Menyerlah warna oren yang digunakan. (TH Jaya)

Sikit je lagi nak siap tu. (TH Pintar)

Sempat lagi buat peace tu. Hihihi (TH Pintar)

Laju melangkah, nak ke mana tu? (TH Pintar)

Okay senyum semua. (TH Cemerlang)

Candid!! (TH Cemerlang)


1...2...3 smile :) (TH Cemerlang)







Apalagi..Jom follow, like, comment & share!

Sekian, terima kasih.🌹


~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon