 |
Sempat Cikgu Tamizi beramah mesra dengan bapa-bapa yang hadir. |
Program Penerangan Kelas Bistari & Teknik Pengajaran Sempoa 2025
Alhamdulillah!
Syukur atas sambutan hangat dari ibu ayah yang hadir ke Program Penerangan Kelas Bistari dan Teknik Pengajaran Sempoa yang telah berlangsung selama dua hari berturut-turut – Sabtu dan Ahad, 5 & 6 Julai 2025. Kehadiran yang luar biasa ini membuktikan betapa ibu ayah sangat komited dalam menyokong pendidikan awal anak-anak.
Disebabkan jumlah calon yang ramai, khususnya dari kalangan anak-anak 5 tahun yang terpilih untuk menyertai Kelas Bistari pada semester kedua nanti, program ini diadakan dalam dua sesi berasingan bagi memudahkan ibu ayah memilih hari yang sesuai untuk hadir.
π€ Apa Itu Kelas Bistari?
Kelas Bistari bukanlah kelas biasa-biasa.
Ia merupakan kelas khas untuk murid yang menunjukkan prestasi luar biasa, malah berada di hadapan tahap perkembangan rakan sebaya mereka.
Antara kriteria pemilihan anak-anak ke Kelas Bistari termasuklah:
-
Sudah membaca bacaan Buku 6 Bacalah Anakku
-
Mempunyai sikap positif dan tiada masalah disiplin
-
Menyiapkan tugasan rumah dengan baik
-
Telah melalui ujian asas huruf A-Z dan nombor 1-20
Taklimat khas ini telah disampaikan oleh dua orang berpengalaman dari MyBistari:
-
Puan Norafizah (Sabtu)
-
Puan Suhaila (Ahad)
Selain penerangan tentang modul dan pendekatan dalam Kelas Bistari, ibu ayah turut dibekalkan dengan ilmu keibubapaan bertajuk “Membentuk Generasi Pejuang yang Cemerlang” — satu topik yang membuka minda dan sangat relevan dengan cabaran mendidik anak-anak masa kini.
Turut memeriahkan sesi adalah perkongsian teknik pengajaran Sempoa oleh Cikgu Tamizi, yang cukup dikenali dengan gaya penyampaian yang santai, mudah difahami dan penuh semangat.
Ibu ayah tidak hanya duduk dan mendengar — malah mereka turut turun padang mencuba sendiri teknik mengira menggunakan sempoa! Satu pengalaman yang menyeronokkan dan membuka mata bahawa pembelajaran matematik boleh jadi sangat menarik jika kena caranya.
Kami amat menghargai masa dan kehadiran semua ibu ayah yang hadir. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan untuk membimbing anak-anak dari rumah, agar mereka terus melangkah gagah dalam dunia pembelajaran.
π Bersama kita bina generasi Bistari — anak-anak yang bijak, berani dan berakhlak tinggi!
 |
Guru yang bertugas di kaunter pendaftaran pada hari Sabtu. |
 |
Semak nama dan tuntut fail dan sijil penyertaan. |
 |
Sentiasa berikan senyuman yang manis penyambut tetamu kami. |
.jpeg) |
Sentiasa bersemangat Cikgu Tamizi berkongsi ilmu parenting. |
 |
Ibu ayah pun fokus mendengar perkongsian dari Cikgu Tamizi. |
 |
Fokus ibu-ibu membuat latihan sempoa. |
 |
Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan. |
.jpeg) |
Demi anak-anak, ibu-ibu sanggup belajar semula. |
 |
Waktu rehat ibu ayah tidak lepaskan peluang melihat hasil saringan anak-anak untuk masuk ke kelas Bistari. |
.jpeg) |
Ibu ayah fokus belajar sempoa demi sokong anak-anak cemerlang! |
.jpeg) |
Q & A bersama Puan Zainun. |
 |
Semangat Puan Suhaila memberikan penerangan kelas Bistari. |
 |
Kelas Bistari, lahirkan anak kreatif dan hebat! ππ |
 |
Merpati dua sejoli. |
.jpg) |
Teliti ayah-ayah melihat buku-buku contoh kelas Bistari. |
 |
Team bertugas hari Sabtu. |
 |
Team bertugas hari Ahad. |
Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga usaha bersama ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan si cilik hebat kita. Terima kasih atas sokongan padu ibu ayah!
Sekian, terima kasih πΉ
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~