Thursday, November 28, 2024

Pertandingan Sempoa & Congak 2024: Pencetus Juara Hebat MyBistari!

Berakhir sudah debaran yang dirasai.

 Assalamualaikum 🌹

Pada 23 November 2024, suasana di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dimeriahkan dengan kehangatan Pertandingan Sempoa & Congak 2024 yang menjadi acara tahunan paling dinanti-nantikan. Program ini bukan sahaja simbol prestij MyBistari Group, tetapi juga medan mengasah bakat anak-anak dalam subjek killer kami—sempoa dan congak!

Selain persaingan sengit menguji minda, suasana turut dihidupkan dengan persembahan tarian penuh warna-warni yang memikat hati.

Kategori & Cabaran Hebat 🔢

Para peserta bersaing dalam kategori-kategori berikut:

  • Sempoa 6 Bistari (Ribu)
  • Sempoa 6 Tahun (Ratus)
  • Sempoa 5 Bistari (Ratus)
  • Sempoa Ibubapa (Ratus)
  • Sempoa Ibubapa vs Murid
  • Congak 6 Tahun

Pertandingan dimulakan dengan sesi pertandingan bertulis melibatkan 40 peserta bagi setiap kategori, kecuali kategori Ibubapa dengan 13 peserta sahaja. Top 6 peserta yang mencatat markah tertinggi melangkah ke peringkat saringan, diikuti dengan peringkat akhir bagi menentukan juara sebenar.

Setelah melalui pelbagai cabaran sengit, akhirnya gelaran juara rasmi menjadi milik yang paling layak:

  • Tadika Hebat Ilmu mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam kategori:

    • Sempoa 6 Bistari (Ribu)
    • Sempoa Ibubapa
    • Sempoa Ibubapa vs Anak
  • Tadika Hebat Genius pula terus unggul dengan mempertahankan gelaran juara dalam:

    • Congak 6 Tahun
    • Sempoa 6 Tahun (Ratus)
  • Tadika Hebat Cemerlang mencipta sejarah baharu dengan meraih gelaran juara bagi kategori:

    • Sempoa 5 Bistari (Ratus)

Pertandingan ini tidak hanya mencetus debaran di kalangan juri, tetapi turut membuat para tetamu serta pengunjung sekitar Pusat Bandar Pasir Gudang terpukau. Ketangkasan dan kepantasan anak-anak menjawab soalan membuatkan ramai teruja dan kagum. Sorakan penonton memberikan semangat luar biasa kepada peserta yang berlumba-lumba membuktikan kemampuan mereka.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta! Menyertai pertandingan ini bukanlah perkara mudah. Anda semua adalah wira dan wirawati hebat yang berani mencabar diri. Bukan sekadar kemenangan yang diraikan, tetapi semangat juang dan usaha gigih yang mencerminkan kejayaan sebenar.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang pertandingan ini dijalankan.

Taklimat akhir untuk pembaca soalan oleh Pn Suhaila.

Pada luaran tersenyum, tetapi dalam hati berdebar-debar.

Pengacara majlis yang penuh semangat kendalikan program.

Ucapan dan perasmian daripada Penasihat & Founder MyBistari Cikgu Tamizi.

Juri, penanda kertas dan penjaga masa sudah bersedia.

Saringan bertulis.
 
Amboi sempat menjeling kiri dan kanan tu!

Fokus dengan sempoa!

Pelbagai ragam anak-anak ya.

Busy penanda kertas selepas saringan.

Jangan tersalah tanda pula tu.

Tenang Cikgu Syafiqah membaca soalan bagi kategori 6 tahun (ratus).

Sempat ya pandang kamera.

Jangan salah kira pula tu.

Hasil penandaan ada yang dapat markah penuh 15/15. Tahniah!

Steady Cikgu Aqidah pembaca soalan kategori 6 Bistari (Ribu)

Cikgu Fadiah menunggu isyarat dari Pn Faridah untuk membaca soalan seterusnya.

Sempat Cikgu Siti menoleh ke arah kamera.

Termenung jauh! Fikir apalah tu.

Peserta congak bersedia dengan jari.

Fokus untuk mengira.

Bersedia ya ibuayah dengan speed soalan yang laju.

Boleh tahan laju Cikgu Zainun membaca soalan ratus untuk ibubapa.

Hanya mampu tersenyum melihat sempoa ya. Hihihi

Fokus wakil ibu!

Persembahan pembukaan dari anak-anak TH Jaya.

Anak-anak yang melakukan persembahan juga tidak pulang dengan tangan kosong.

Alah comel anak-anak dari TH Pintar menunggu giliran membuat persembahan.

Anak-anak dari TH Cemerlang mempersembahkan tarian Gummy Bear.

Fokus yang lebih tinggi peringkat saringan untuk layak ke pentas akhir.

Debaran pentas akhir menjadi penentuan juara.

Otai masih berbisa- Bacaan soalan sempoa ribu 6 Bistari oleh Pn. Norafizah.

Terpaling laju bacaan sempoa ratus 6 tahun dari Pn. Faridah.

Bacaan soalan bagi kategori ratus 5 Bistari oleh Pn. Suhaila.

Para pemenang bagi kategori Sempoa ibubapa vs murid.
Tahniah!
Johan- Adik Muhammad Nazmi Imran bin Amrul Ariffin (THIL)
Naib Johan- Adik Nur Aina Qalesya binti Mohd Shahrizan (THIL)
Ketiga- Adik Iman Auliya binti Muhammad Nazreen (THIL)

Para pemenang bagi ketegori Sempoa 6 Bistari (Ribu).
Tahniah!
Johan- Adik Muhammad Nazmi Imran bin Amrul Ariffin (THIL)
Naib Johan- Adik Iman Auliya binti Muhammad Nazreen (THIL)
Ketiga- Adik Nur Aina Qalesya binti Mohd Shahrizan (THIL)

Para pemenang bagi kategori Sempoa 5 Bistari (Ratus).
Tahniah!
Johan- Adik Maalik Fayyadh Bin Mohammad Faizwan (THC)
Naib Johan- Adik Muhammad Afham Qayyum bin Mazri (THIL)
Ketiga- Adik Muhammad Iman Anaqi bin Muhammad Nur Hazwan (THIL)

Para Pemenang bagi kategori Sempoa 6 Tahun (Ratus)
Tahniah!
Johan- Adik Muhammad Adam Yusuf bin Azlin (THG)
Naib Johan- Adik Abdul Mateen bin Mohd Ghazali (THIL)
Ketiga- Adik Nur Aleesha Az Zahra binti Mohd Hanafi (THIL)

Para pemenang bagi kategori Congak 6 tahun.
Tahniah!
Johan- Adik Ahmad Syaqif bin Mohammad Yusman (THG)
Naib Johan- Adik Aisya Azzahra binti Muhammad Amirul Izzat (THINT)
Ketiga- Adik Maryam binti Mohamed Khatif Tawaf (THINT)

Para pemenang bagi kategori Sempoa Ibubapa,
Tahniah!
Johan- Pn. Halimatusa'adiah binti Asnan (THIL)
Naib Johan- Pn. Fitri binti Sainal (THG)
Ketiga- Pn. Isma Faezah bibti Ismail (THC)

Terima kasih para ibu yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjadi pengadil dan
penanda kertas untuk program pada kali ini.

Terima kasih juga staf dan guru-guru hebat MyBitari yang bertungkus-lumus sepanjang
program ini dijalankan.






Acara ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu pentas meraikan bakat dan kehebatan anak-anak MyBistari. Setiap peserta adalah juara dalam usaha mereka. Teruskan mengorak langkah dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang.

Sampai jumpa lagi di edisi seterusnya! 🌟

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~




Wednesday, November 20, 2024

SERONOKNYA LAWATAN KE PERPUSTAKAAN!

 

Setelah sekian lama tidak jejak kaki di sini.

Seronoknya Lawatan ke Perpustakaan Awam!

Raut wajah ceria anak-anak K2 begitu terserlah sepanjang lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang awal November lalu. Dari saat mereka menaiki bas, suara riang dan gelak tawa menghiasi perjalanan, tanda keterujaan untuk mengunjungi tempat yang penuh dengan buku dan aktiviti menyeronokkan.

Setibanya di perpustakaan, mereka terpukau melihat ruang bacaan kanak-kanak yang berwarna-warni dan dihias indah. Aktiviti yang disediakan oleh pihak pustakawan menganyam dan mewarna topeng begitu menarik perhatian mereka. Setiap anak memilih warna kegemaran, menganyam dengan teliti, dan mewarna dengan penuh semangat. Hasil karya mereka jadi sangat unik dan cantik!

Setelah itu, mereka dibawa ke kawasan bacaan kanak-kanak yang penuh dengan pelbagai jenis buku. Suasana menjadi sunyi seketika, kerana masing-masing asyik dengan buku pilihan. Ada yang memilih buku bergambar, ada pula yang membaca cerita dongeng dengan wajah penuh minat. Walaupun masa yang diperuntukkan hanya dua jam, keseronokan yang mereka alami terasa tidak mencukupi.

Lawatan kali ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi jelas membangkitkan minat mereka terhadap dunia membaca dan kreativiti. Melihat mereka pulang dengan senyuman dan pengalaman baru membuatkan lawatan ini sangat bermakna buat semua!

Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang lawatan ini.

Baca doa naik kenderaan dahulu sebelum bergerak. 

Fokus masing-masing mendengar taklimat dari Guru Besar. 

Masuk perpustakaan perlu senyap. 

Jom bergambar dahulu sebelum masuk perpustakaan. 


Berjalan masuk ke perpustakaan.

Cikgu pengiring sentiasa berjaga-berjaga demi keselamatan anak murid tersayang.

Kembar seiras TH Pintar.

Ini pula kembar di TH Inovasi.

Jom mewarna topeng.


Wah! comel topeng Burung Hantu. 

Wah! yang ini pula topeng Ultraman. 

Sempat memerhati cikgu tulis nama, risau salah nama ke tu? hihihi 

Wah! Topeng monyet pun ada lah.
Cikgu Norifah pun turun padang bantu memantau aktiviti murid.

Fokus melihat tutorial membuat anyaman dari pustakawan yang bertugas.


Cikgu juga turut membantu anak-anak membuat anyaman.

Guru hanya membantu sedikit sahaja selebihnya usaha anak-anak siapkan anyaman.

Pustakawan juga turut membantu anak-anak.


Ultraman beraksi.

Garangnya singa.

Cikgu cantik tak anyaman saya?

Rezeki anak-anak MyBistari menerima banyak cenderahati dari pihak perpustakaan.

Cantik tersusun buku-buku diruangan bacaan kanak-kanak.

Rambang mata ya nak pilih buku.

Macam-macam gaya anak-anak membaca buku.

Fokusnya membaca.

Buku pilihan saya.

Ada yang berkongsi cerita dengan kawan-kawan.

Sebatang pokok menjadi rebutan untuk anak-anak membaca.

Baca sampai habis tau buku tu.

Ini baca ke tengok gambar je. Hihihi

Cikgu pun tidak lepaskan peluang untuk menambah ilmu.

Cantik pemandangan.

Tamat sudah lawatan. Jom pulang ke tadika.











Apalagi...Jom follow, like, comment and share sosial media facebook dan tiktok rasmi kami untuk melihat pelbagai lagi aktiviti murid-murid hebat MyBistari Group.

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak serta dapat menyuntik sifat suka membaca dikalangan anak-anak hebat kami.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~


 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon