Monday, October 28, 2024

SI CILIK BERGAYA DENGAN KOSTUM PEKERJAAN

 

Alaaa comel si cilik 4 tahun di TH Minda dengan kostum pekerjaannya.

Hari Kostum Pekerjaan 2024: Kreativiti & Keterujaan Anak-anak!

Pada 23 Oktober 2024, Tadika kami dihiasi dengan wajah-wajah ceria anak-anak yang hadir dalam pelbagai kostum pekerjaan - dari askar, doktor, ahli bomba, guru, pemain bola, hingga angkasawan. Namun, yang paling unik dan menjadi perhatian pada tahun ini ialah si kecil yang berpakaian petani!

Ibu bapanya begitu kreatif menyediakan aksesori seperti cangkul yang dibuat sendiri menggunakan bahan terpakai – usaha dan kreativiti yang sangat kami hargai. 😊 Ada juga si cilik yang benar-benar ‘in character’ sebaik sahaja memasuki pagar tadika seperti askar cilik yang masuk berkawad penuh bersemangat!

Lebih menarik lagi, setiap anak berpeluang membuat pembentangan dan melakonkan watak yang mereka gayakan, memupuk keyakinan dan kebolehan mereka dalam menyampaikan idea. Aktiviti yang seronok ini tak berhenti di sini, malah akan diteruskan pada setiap hari Rabu minggu terakhir setiap bulan.

Terima kasih kepada ibu bapa yang terus menyokong aktiviti anak-anak di sekolah! ❤️

Jom saksikan gambar dan video sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Bermacam pekerjaan ada. (TH Minda)

Ada ahli bomba, doktor dan guru di TH Kreatif.

Wah ada abang askar kembar 3 la di TH Kreatif.

Comelnya! (TH Kreatif)

Sibuk betul doktor bedah- baru dapat makan. (TH Genius)

Hati-hati turun van tu abang bomba. Hihihi (TH Genius)

Segak Inspektor cilik TH Genius.

Wah! gaya tu dah ada sebagai pemain bola sepak dan bola jaring. (TH Genius)

Terpaling "rare" kostum petani dan disebalah kanan askar serta cikgu cilik di TH Genius.

Bergaya dengan kostum masing-masing. (TH Genius)

Jika di TH Kreatif ada kembar 3, di TH Genius dan TH Pintar ada kembar 2.

Sempat bergambar dengan rakan-rakan sekelas. (TH Pintar)

Bomba cilik sedia beraksi! (TH Pintar)

Ramai anggota bomba di kelas ini. (TH Pintar)

Bakal-bakal doktor suatu hari nanti. (TH Bijaksana)

Anggota polis wanita sedia menjalankan operasi di TH Bijaksana.

Kami ingin menjaga keamanan negara! (TH Bijaksana)

Wah! segak bomba cilik di TH Bijaksana.

Pelapis guru suatu hari nanti. (TH Bijaksana)

Bergaya askar cilik di TH Cemerlang dengan peralatan masing-masing.

1..2...3 senyum! (TH Cemerlang)

Comel! pasangan kembar di TH Cemelang.

Pasangan kembar di TH Cemerlang sesi petang memakai kostum doktor.

Kostum juruterbang dan angkasawan juga ada di TH Cemerlang.

Masa inilah nak bergaya datang ke tadika. (TH Inovasi)

Walaupun sudah memakai kostum, permulaan kelas perlu diteruskan juga. (TH Inovasi)

Si cilik bomba 4 tahun di TH Inovasi.

Pandai si cilik 4 tahun melakonkan watak masing-masing ya. (TH Inovasi)

Serius wajah masing-masing melakonkan watak. (TH Ilmu)

Wah! ada ustaz dan ustazah. (TH Ilmu)

Bergaya! (TH Ilmu)

Wow! comel pramugari. (TH Jaya)

Bergaya dengan cermin mata hitam abang askar kita. (TH Jaya)

Cita-cita saya ingin menjadi seorang guru. (TH Intelek)

Mana pesakitnya doktor? (TH Intelek)

Chef cilik sedia beraksi! Nak masak apa hari ini chef? (TH Intelek)





Apalagi..Jom follow, like, comment & share sosial media kami! Pelbagai aktiviti yang kami sediakan untuk anak-anak hebat ini.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Monday, October 21, 2024

KELAS TERPALING HAPPENING!

 

Kami dah bersedia di kaunter pendaftaran.

"Jom Jadi Guru Sempoa di Rumah! Ibuayah Juga Boleh Jadi Pakar Mengira dengan Teknik Pembelajaran Asas Sempoa"

Pada hari Sabtu, 19 Oktober 2024, berlangsungnya program keibubapaan yang cukup bermanfaat, memberikan ibuayah bimbingan tentang teknik pengajaran Sempoa K1. Ibuayah bukan sahaja belajar cara terbaik mengajar anak-anak, tetapi juga mendalami ilmu parenting dari Cikgu Tamizi dengan tajuk menarik, "Anak dan Harta: Ujian atau Nikmat?"

Walaupun peserta kali ini hanya seramai 23 orang, termasuk dua wakil dari tadika swasta, suasana program sangat meriah dan penuh keterujaan. Ibuayah bukan sahaja belajar, malah gelak ketawa menghiasi sesi ketika pertama kali mencuba sempoa! Seronok betul lihat mereka, walaupun mencabar, sempoa jadi lebih mudah dengan tunjuk ajar Cikgu Tamizi.

Nak tahu rahsia hebat teknik sempoa? Ia mampu melatih otak kanan dan kiri anak-anak, meningkatkan daya imaginasi, dan melatih koordinasi otak dengan tangan—penting untuk perkembangan mereka. Jadi, ibuayah juga perlu tahu teknik ini, supaya dapat bantu anak dengan lebih berkesan di rumah. 

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibuayah yang hadir pada program keibubapaan dan teknik pengajaran Sempoa K1 ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk anak-anak tersayang.

Bagi ibuayah yang belum berkesempatan, jangan risau! Peluang keemasan masih menanti. Program seterusnya akan diadakan pada 10 November 2024 (Ahad). Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk belajar asas sempoa dan jadi guru terbaik untuk anak-anak di rumah.

Jom daftar beramai-ramai! 

Seawal 7.30pagi kaunter pendaftaran dibuka.

Ibuayah yang hadir kami berikan sijil penyertaan.

Sentiasa tersenyum penyambut tetamu kami.

Pengacara majlis yang tidak asing lagi Pn. Faridah.

Segak bergaya Cikgu Tamizi.

Makanan dan air juga kami sediakan.

Rehat dahulu ya ibuayah sebelum perah otak belajar sempoa.

Kad sukukata jawi dan buku cerita pendek juga ada dijual.

Steady wakil ayah seorang sahaja yang hadir..

Sudah bersedia ke semua nak belajar sempoa?

Nak belajar sempoa perlu fokus.

Jika tak faham jangan malu-malu bertanya kami sedia membantu.

Tiang kedua ini adalah tiang puluh.

Jawapan kita sama tak?

Manik atas tu mewakili nilai 5. Jangan salah kira ya.

Sibuk cikgu Faridah mengajar ibu.

Big bos kita pun turun padang mengajar ibu-ibu tau.

Pengiraan nombor menggunakan jari dari 1~99 juga diajar tau.



Teruja ibu-ibu belajar pengiraan menggunakan jari je.

Alhamdulillah we did it!


Sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa di blog yang seterusnya.

Sekian, terima kasih! 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon