Bismillahirrahmanirrahim
 |
Team biru dari Tadika Hebat Cemerlang.
|
"5.30 dah bangun siap mandi, takut tertinggal bas punya pasal"
"Dah siap cikgu, tinggal nak ke sekolah je ni"
"Ibu-ibu yang tak lena tidur..Tapi bagus eh tahu nak berjalan kejut sekali je dah sedar. Semoga dipermudahkan untuk cikgu-cikgu melayani ragam anak-anak ya."
Riuh whatsapp group pagi-pagi dengan deretan chat yang masuk dari ibu-ibu. Hihihi
Bukan anak sahaja yang tidak lena tidur, ibu-ibu pun tidak lena tidur dek kerana risau nak lepaskan anak pergi lawatan tanpa pengawasan ibu ayah. Anak-anak pula teruja dan tak sabar-sabar hendak pergi lawatan bersama kawan-kawan dan juga cikgu kesayangan masing-masing.
Alhamdulillah, pada 17 Mei 2024 yang lepas kami telah membawa seramai 230 orang murid 6 tahun ke Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay, Batu Layar. Selepas perah otak menjawab soalan ujian kita pergi santai-santai pula dan rehatkan minda melihat haiwan dan berkelah tepi pantai sambil menghirup udara segar.
Seronok dan teruja anak-anak melihat pelbagai haiwan yang ada di Desaru Mini Zoo. Bukan setakat melihat di depan mata sahaja, malah anak-anak juga boleh menyentuh dan boleh memberi haiwan makan. Di sinilah kami dapat melihat gelagat anak-anak, ada yang takut ada juga yang berani berhadapan dengan haiwan.
Ibu ayah juga, tidak terlepas untuk melihat dengan lebih dekat ragam anak-anak di Desaru Mini Zoo dengan siaran langsung yang kami bawakan khas melalui media sosial facebook rasmi MyBistari Group. Teruja ibu ayah melihat ragam anak-anak mereka.
Kemudian, anak-anak di bawa ke lokasi seterusnya untuk berkelah di tepi pantai bukan mandi-manda ya, tetapi untuk menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Anak-anak telah dijamu dengan nasi hujan panas, buah tembikai dan aiskrim Malaysia pelbagai perisa untuk basahkan tekak anak-anak.
Sebelum pulang, anak-anak disajikan dengan kuiz jawab soalan yang dikendalikan oleh Pn. Norafizah dan Pn. Shawariah. Anak-anak yang dapat menjawab dengan betul tidak pulang dengan tangan kosong, ada hadiah yang kami sediakan untuk anak-anak bawa pulang.
Jom kita lihat gambar dan video sepanjang lawatan ini.
 |
Cikgu, tolong masukkan dalam beg saya. (TH Cemerlang) |
 |
Bangun semua, bas dah sampai. (TH Cemerlang)
|
 |
Rakam sebagai memori. (TH Cemerlang) |
 |
Ambil gambar dahulu sebelum bas bergerak. (TH Cemerlang) |
 |
Banyaknya ikan. (TH Cemerlang) |
 |
Saya takut la nak pegang. (TH Genius) |
 |
Cikgu ambillah gambar saya pegang racon ni. (TH Genius) |
 |
Comelnya arnab ni. (TH Genius) |
 |
Awak sentuhlah racon tak gigitlah. (TH Genius) |
 |
Rusa tak makan pun. (TH Genius) |
 |
Hati-hati pegang hamster tu. (TH Pintar) |
 |
Kakak apa nama haiwan ni? (TH Pintar) |
 |
Kecilnya anak burung ni. (TH Pintar) |
 |
Cikgu saya berani pegang bearded dragon. (TH Pintar) |
 |
Topi sampai tutup ke mata ya. (TH Pintar) |
 |
Cikgu arnab makan apa? (TH Inovasi) |
 |
Banyaknya arnab. (TH Inovasi) |
.jpeg) |
Cikgu ambil gambar saya, hantar pada ibu tau. (TH Inovasi) |
 |
Kambing ni namanya Jep ya anak-anak. (TH Intelek) |
 |
Cikgu boleh tak saya nak naik kuda? (TH Intelek) |
 |
Pegang haiwan apa tu? (TH Intelek) |
 |
Tak takut ke dengan lembu besar tu. (TH Bijaksana) |
 |
Jinak anak lembu ni. (TH Bijaksana) |
 |
Cikgu-cikgu pun sibuk ambil gambar murid untuk tatapan ibu ayah. (TH Bijaksana) |
 |
Kenyang kambing dapat makan banyak hari ini. (TH Ilmu) |
 |
1..2..3 Candid!! (TH Ilmu) |
 |
Rapat dengan mulut kuda tu. (TH Jaya) |
 |
Cikgu saya nak bagi unta ni makan. (TH Jaya) |
 |
Makanlah kacang panjang ni unta. (TH Jaya) |
 |
Yeahh dah sampai pantai. (TH Ilmu) |
 |
Berkelah di tepi pantai. (TH Ilmu) |
 |
Rewang potong buah tembikai. |
 |
Menikmati aiskrim. (TH Bijaksana) |
 |
Sedapnya aiskrim sehingga menutup mata. (TH Ilmu) |
 |
Keletihan ya anak-anak. (TH Jaya) |
 |
Sabar anak-anak menanti makanan dari cikgu. (TH Cemerlang) |
 |
Enjoy your meals. (TH Intelek) |
 |
Pengumuman..Kuiz akan bermula sebentar lagi. |
 |
Alamak apa ya jawapannya? (TH Genius) |
 |
Cikgu saya nak jawab. |
 |
Sesi perkongsian pengalaman ke Desaru Mini Zoo. |
 |
Tahniah dapat menjawab dengan betul. |
 |
Yeahh betul jawapan saya. |
 |
Okay ready..Kita nak bergerak balik ni. |
 |
Berakhirlah lawatan pada tahun ini. |
Begitulah gelagat anak-anak sepanjang menyertai lawatan ini. Terima kasih ibu ayah yang memberi kepercayaan penuh kepada kami membawa anak-anak untuk trip pada kali ini. Semoga trip lawatan ini anak-anak dapat timba pengalaman yang berharga dan jadikan kenangan terindah untuk diingati suatu hari nanti.
Sekian, terima kasih 🌹
~Cikgu Azreen~