Bismillahirrahmanirrahim.
 |
Saya nak bergambar depan ni boleh tak cikgu? - TKM |
Alhamdulillah, selesai juga tugasan mengambil gambar di semua
cawangan MyBISTARI GROUP. Pelbagai kerenah yang dilalui sepanjang proses
fotografi kali ini. Paling seronok setiap kali menjejakkan kaki ke
tadika-tadika ini, soalan pertama yang akan keluar dari mulut murid-murid
adalah,
“Cikgu baru eh tu? Ada cikgu barulah!”
Makanya, jadilah saya cikgu baru selama dua minggu yang lepas.
Ada juga murid yang berani bertanya ketika saya sedang
menyiapkan kelengkapan untuk sesi fotografi.
“Nama cikgu apa eh? Lepas ambil gambar ni cikgu nak ajar apa
eh?”
Sapaan dan gelagat mereka yang sebeginilah membuatkan rasa
penat hilang. Belum lagi dengan pelbagai aksi yang mereka pamerkan ketika sesi
fotografi. Kadangkala sampai guru-guru mereka pun naik segan melihat gelagat
mereka yang tak tahu duduk diam untuk bergambar. Di tambah pula dengan adegan
berlari berkejaran untuk memujuk anak-anak ini bergambar. Untuk mendapatkan
sekeping gambar kelas yang hampir sempurna memerlukan lebih dari dua shot,
hinggakan saya terpaksa ‘skip’ untuk menghitung sampai 3, kerana murid-murid
ini lebih pantas dan bersedia dari butang rakaman di kamera, cepat sahaja
aksi-aksi dilakukan apabila 3 disebut.
Mari ikut kami rasa keseronokan bergambar bersama mereka
dalam himpunan gambar-gambar yang dikongsikan di sini.
 |
Cepat, sedia semua! Saya nak ambil gambar ni!(TIB) |
 |
Badan kena senget sikit, kalau tak nanti tak muat. (TIB) |
 |
Wah, untunglah budak perempuan dapat duduk.. (TIB) |
 |
Cikgu kan dah sebut nama awak, mari beratur belakang kawan ni. (TIB) |
 |
Cikgu susun kat sana, kita bergambar kat sini. (TIB) |
 |
Ala, tadi mama suruh senyum nampak gigi ke tak eh? (TIMB) |
 |
Wah, boleh nampak kawan-kawan lari kat depan lah! (TIMB) |
 |
Apa agaknya topik yang seronok sangat dibincangkan tu? (TIMB) |
 |
Mari cikgu betulkan ikatan rambutnya. (TIMB) |
 |
Sosej ni terselit lak kat gigi.. nampak tak nanti masa saya senyum? (TIMB) |
 |
Cikgu, dia lelaki, kenapa dia duduk? (TIPB) |
 |
Boleh tak tu susun atur murid? Nak saya bantu? (TIPB) |
 |
Senyumlah tengok kamera.. (TIPB) |
 |
Tadi kan dah sikat rambut, kenapa tak kemas semula ni.. (TIPB) |
 |
Ok semua, pandang Cikgu Najwa dulu.. (TIPB) |
 |
Aduh, baru teringat! Saya lupa bawa skaf rambut! (TM) |
 |
Ni namanya gaya bergambar tidur dalam iman cikgu. (TM) |
 |
Saya pemalu, ambil gambar tepi saya je lah. (TM) |
 |
Tadika saya terbaik! (TM) |
 |
Gaya spontan yang buat cikgu ikut tersenyum. (TM) |
 |
Mari sinilah, kan cikgu kata lepas pakai kasut berdiri kat sini. (TMPB) |
 |
Tu Cikgu Umaisah panggil awaklah, bukan saya. (TMPB) |
 |
Kami dah sedia ni cikgu, cepatlah ambil gambar. (TMPB) |
 |
Selalunya kasut saya tak ketat tau cikgu, entah kenapalah ketat harini. (TMPB) |
 |
Aksi ceria murid-murid dan cikgu-cikgu. (TMPB) |
 |
Cikgu pun seronok nak bergambar. (TS1) |
 |
Cikgu tengah sibuk, jom main kejar-kejar!! (TS1) |
 |
Handsome tak saya senyum macam ni cikgu? (TS1) |
 |
Cikgu buatlah apa cikgu nak buat, saya akan tetap senyum je pandang kamera. (TS1) |
 |
Dia orang ni masih nak main kejar-kejar ke? Cikgu dah panggil pun tak nak datang. (TS1) |
 |
Cuba teka saya buat gaya apa ni? (TS2) |
 |
Terima kasih Cikgu Siti tolong susun anak murid saya, I really appreciate it. (TS2) |
 |
Kenapa pakai kasut terbalik ni.. (TS2) |
 |
Pakai songkok tegak macam ni baru segak. (TS2) |
 |
Cikgu, tak payah betulkan tudung tu, comel dah.. (TS2) |
 |
Peninglah cikgu fikir macam mana nak susun awak, nasib ada yang datang tolong. (TS2) |
Sekali lagi, untuk makluman
para ibubapa dan penjaga, sesi fotografi untuk semester 1 ini adalah untuk
mengenalkan kelas-kelas yang ada di setiap cawangan kami dan juga gambar
individu murid 5 tahun dan murid baru 6 tahun yang akan digunakan sebagai gambar profil mereka di
Asis. Gambar-gambar kelas ada kami dikongsikan di
laman web tadika. Bagi ibubapa
yang ingin mengambil gambar kelas anak-anak, boleh sahaja muat turun dari laman
web nanti.
Aktiviti seterusnya yang terdekat dengan kita adalah lawatan sambil belajar murid-murid 6 tahun. Kali ini kami akan bawa anak-anak murid 'back to nature' . Untuk pertama kalinya anak-anak murid akan ke Sinaran Agro Farm. Borang penyertaan sudahpun kami edarkan, bagi yang berminat, jangan lupa isi dan hantar ke tadika masing-masing ya!
Jom main kejar-kejar dengan angsa!
~Cikgu Norifah~