Thursday, April 2, 2026

KP 2026 DIBONGKAR! GURU MyBISTARI TAMPIL LEBIH BERSEDIA

 

Masih mood raya ke tu...

Program Pemantapan Guru MyBistari 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mac 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Al-Fatih, MyBistari Legacy. Program khas selama satu hari ini memberi fokus kepada penerangan Kurikulum Prasekolah 2026 (KP 2026) kepada semua guru MyBistari sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan kurikulum baharu dengan lebih berkesan.

Seawal pagi, suasana program sudah terasa meriah apabila para guru dibahagikan kepada enam kumpulan melalui cabutan gambar haiwan yang unik dan mencuit hati. Pendekatan santai ini berjaya mencetuskan keterujaan serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru. Setiap kumpulan pula dibimbing oleh jurulatih utama yang terdiri daripada barisan penyelia, guru besar serta guru-guru berpengalaman yang telah menghadiri kursus penataran KP 2026 di Melaka pada Disember tahun lalu.

Sepanjang program berlangsung, setiap kumpulan diberikan satu bidang untuk dibincangkan secara mendalam. Guru-guru bukan sahaja merancang aktiviti berkaitan bidang tersebut, malah turut menghasilkan pembentangan yang kreatif dan menarik. Dewan Al-Fatih dipenuhi dengan suasana riuh dan ceria apabila setiap kumpulan menampilkan “trademark” tersendiri yang menggambarkan idea unik serta kreativiti warga pendidik MyBistari.

Melalui aktiviti yang dijalankan, guru-guru dapat memahami kandungan kurikulum dengan lebih jelas dan menyeluruh. Selain itu, program ini turut menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturrahim serta memupuk semangat kerjasama antara guru-guru dalam suasana yang santai namun bermakna.

Setiap kumpulan telah dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada Pengurus Operasi, Pn. Suhaila dan Pegawai Silibus, Pn. Norafizah. Keputusan bagi kumpulan terbaik akan diumumkan pada perjumpaan guru yang seterusnya, sekaligus menambahkan lagi debaran dan keterujaan dalam kalangan peserta.

Secara keseluruhannya, Program Pemantapan Guru kali ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, malah turut mencipta kenangan manis serta pengalaman berharga kepada semua guru MyBistari dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang cemerlang.

Program dimulakan dengan bacaan doa.

Icebreaking sebelum mulakan program.

Penerangan KP diberikan oleh Pn Faridah.

Aktiviti pertama lukis gambar sendiri dan terangkan nilai yang ada pada diri.

Perbincangan kumpulan dimulakan.

Warna-warni peta minda pembentangan kumpulan Oyen semperit.

Kemasnya tulisan cikgu.

Cikgu Aqidah sebagai jurulatih utama memerhati sahaja kumpulannya.


Serius betul perbincangan kumpulan ni.

Barisan juri dah bersedia nak menilai pembentangan.

Group Kambing Golek Bergetah.


Group Itik Gembo-Gembo.

Group Kuku Besi Ayam.

Group Jumping High

Juri pun tak terlepas untuk bermain game ini.

Wah dapat reward bagi yang dapat jawab soalan.

Group Oyen Semperit.


Group Moo Gang.

Ambil hati juri ke tu?Hihihi

Sebagai penutup, Program Pemantapan Guru MyBistari 2026 ini jelas membuktikan bahawa komitmen dan kesungguhan para pendidik dalam meningkatkan kualiti pengajaran sentiasa menjadi keutamaan. Melalui perkongsian ilmu, aktiviti berkumpulan dan pembentangan yang kreatif, guru-guru bukan sahaja memperoleh kefahaman yang lebih mendalam terhadap Kurikulum Prasekolah 2026 (KP 2026), malah berjaya membina semangat kerjasama serta ukhuwah yang lebih kukuh.

Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat diaplikasikan dalam bilik darjah demi melahirkan generasi murid yang lebih cemerlang, berdaya saing dan seimbang. Semoga usaha murni ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga pendidik MyBistari pada masa akan datang.


Sekian, terima kasih 🌹

FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon