Thursday, June 12, 2025

HAJI CILIK 2025! KECIL-KECIL, SEMANGAT BESAR!

 


28 Mei 2025 mencatat satu lagi kenangan manis buat anak-anak hebat 6 tahun apabila Program Simulasi Haji Cilik berjaya dianjurkan dengan penuh warna dan semangat! Walaupun jumlah penyertaan sedikit berkurangan tahun ini, hanya 193 orang jemaah cilik — dek faktor hari bekerja, namun itu langsung tidak menjejaskan kemeriahan dan kesungguhan program yang berlangsung.

Seawal kaki melangkah turun dari bas, laungan talbiah bergema membangkitkan aura tanah suci yang menyentuh hati. Suasana tapak perhimpunan terus bertukar menjadi mini Makkah, menyambut jemaah cilik yang bersedia menunaikan "ibadah haji".

Dengan penuh tertib dan semangat yang membara, para peserta menempuh enam checkpoint utama:

  1. 🕋 Wukuf di Arafah

  2. 🌌 Mabit di Muzdalifah

  3. 🎯 Melontar Tiga Jamrah

  4. 🌀 Tawaf mengelilingi Kaabah

  5. 🏃‍♂️ Saie antara Safa dan Marwah

  6. ✂️ Bertahallul – simbol penyucian diri

Meskipun cuaca agak terik, anak-anak ini tetap menunjukkan semangat luar biasa, tidak berganjak menyempurnakan rukun demi rukun ibadah dengan wajah ceria dan penuh keterujaan.

Program ini bukan sekadar aktiviti biasa — ia adalah pengalaman pembelajaran hidup yang memberikan gambaran awal tentang ibadah haji, sekaligus menanam rasa cinta dan hormat terhadap rukun Islam kelima ini sejak usia muda.

Syabas anak-anak soleh dan solehah! Moga kelak menjadi jemaah haji sebenar yang diberkati. Hingga bertemu lagi dalam Haji Cilik 2026, In shaa Allah!

Backdrop pentas yang baru pada tahun ini.

Taklimat terakhir kepada guru bertugas.

Mini kaabah sudah tersedia untuk jemaah cilik tawaf.

Jarak antara Bukit Safa & Marwah ~ Tapi jarak sebemar lagi jauh.

Mutawifah berbaju serba putih sedia menjalankan tugas.

Tempat untuk jamaah haji cilik kami melontar.

Cikgu Salasiah sudah bersedia untuk terima kunjungan si cilik ke checkpoint akhir.

Ucapan perasmian penutup dari Pn. Zainun founder MyBistari.

Jemaah cilik dari TH Pintar telah tiba di tapak Simulasi Haji Cilik.

Jemaah haji cilik TH Genius terus ke tapak perhimpunan.

Bersedia untuk melakukan aktiviti simulasi haji.

Hati-hati lintas jalan tu.

Kehadiran ibu ayah untuk memberi semangat kepada anak-anak.


Pengacara Majlis yang menghangatkan suasana Pn Faridah.



Bacaan doa diketui oleh En. Hafidz.

Pn. Norafizah menerangkan tentang sejarah dan rukun haji kepada jemaah cilik kami.

Fokus mendengar penerangan.


Bermulalah perlepasan jemaah haji cilik.


Checkpoint pertama wukuf di Arafah.

Bersemangat walaupun panas terik!

Kutip 21 biji batu je tau!

Melontar setiap jamrah 7 biji sahaja.


Checkpoint seterusnya tawaf.


Walaupun cuaca panas, tetap tersenyum dan bersemangat untuk habiskan pusingan saie.

Menunggu giliran untuk bertahallul.


Sikit je rambut yang cikgu gunting tu.


Alhamdulillah selesai sudah simulasi haji kami!

Tersenyum haji cilik, sebaik selesai kesemua checkpoint.

Terima kasih ibu-ibu yang sudi bersama-sama kami untuk menjadi mutawifah.

Panji 1- Zon Kota Masai (TH Ilmu & TH Jaya)

Panji 2- Tadika Hebat Genius.

Panji 3- Tadika Hebat Bijaksana, Tadika Hebat Kreatif & Tadika Hebat Minda.

Panji 4- Tadika Hebat Cemerlang.

Panji 5- Tadika Hebat Pintar.

Panji 6- Tadika Hebat Inovasi & Tadika Hebat Intelek.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog Simulasi Haji Cilik 2025, Semoga kita berjumpa lagi Simulasi Haji Cilik pada tahun hadapan.

Sekian, terima kasih 🌹

~Cikgu Azreen~

Wednesday, June 11, 2025

JOM TERJAH LEGOLAND!

 

Legoland tunggu kedatangan si cilik hebat kami!

🎢 Survey Lawatan K1 5 Tahun ke Legoland – Seronoknyaaa! 🎉

Wahhh… Tak sabar rasanya nak bawa anak-anak K1 5 Tahun kita ke Taman Tema Legoland Malaysia tahun ini! Tapi sebelum tu, mestilah kena buat survey dulu, kan? Jadi, pada 26hb Jun 2025, kami – seramai empat orang wakil pengurusan & operasi Cikgu Norifah, Cikgu Suhaila, Cikgu Norafizah dan saya sendiri, Cikgu Azreen – telah pergi ke Legoland untuk meninjau kawasan dan merancang lawatan yang paling best untuk anak-anak tersayang!

Dari mula masuk, kami dah terasa excited! Kawasan Legoland sangat besar, luas dan penuh warna-warni – betul-betul macam dalam dunia Lego! Banyak aktiviti menarik yang sesuai untuk anak-anak kecil, antaranya:

🧱 Bengkel Pendidikan (Education Workshop) – Belajar sambil bermain, memang kombinasi yang padu!
🎭 Pertunjukan Hebat – Pasti buat anak-anak ternganga teruja!
🚂 Naik Kereta Api Mini – Seronok pusing-pusing taman sambil tengok pemandangan.
🏰 Playground Interaktif – Tempat lepas tenaga dengan selamat.
🌆 Naik Menara Legoland – Boleh tengok keindahan Iskandar Puteri dari atas, ala-ala Menara Taming Sari versi Lego!

Kami disambut dengan sangat mesra oleh dua kakitangan Legoland yang siap sedia bawa kami jalan-jalan sambil menerangkan segala maklumat penting. Mereka juga tunjukkan kawasan-kawasan utama dan kongsikan tentang pakej lawatan khas untuk sekolah, termasuk makanan pelajar yang disediakan – wah, mudah kerja cikgu nanti! 😄

Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dan sangat teruja untuk membawa anak-anak ke sini. Legoland bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik – tempat yang sesuai untuk anak-anak belajar, bermain dan mencipta kenangan manis bersama kawan-kawan dan guru-guru tersayang.

📢 Ibu bapa yang berminat untuk daftarkan anak, sila isikan borang penyertaan lawatan dengan klik pada pautan Google Form yang telah diberikan sebelum ini di group whatsapp K1 cawangan masing-masing.


Jom sertai keseronokan ini bersama anak-anak kita... Legoland, kami datang! 🚌💨🎡


Panduan maps untuk si cilik terokai.

Perbincangan bersama wakil Legoland!

Di Legoland pun ada KLCC!
Cuba teka ini bangunan apa?

Meninjau kawasan.

Bergambar di depan bangunan terminal kereta api.

Kami naik kereta api dulu untuk pusing-pusing.


Ruangan makan yang besar dan selesa.

Makanan pun lazat! ini portion untuk kanak-kanak tau.

Food tasting done! Anak-anak confirm suka menu ni!

Terima kasih pihak Legoland yang sudi terima kunjungan kami.


Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog kami survey tempat lawatan untuk murid 5 tahun! Kami pun teruja apatah lagi anak-anak. Pasti teruja jika sertai lawatan ini bersama guru dan kawan-kawan tersayang!

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon