 |
Poster sukaneka 2025! |
Julung-julung kali diadakan, Sukaneka 2025 MyBistari Group melakar satu sejarah manis buat seluruh warga MyBistari – kali ini lebih istimewa dengan penglibatan ibu-ibu hebat dan si cilik comel dari Playgroup dan murid 6 tahun! Bertempat di Dewan Muafakat Masai, dewan bergema dengan sorakan, tawa, dan warna-warni keceriaan.
Program dimulakan dengan penuh semangat melalui ucapan perasmian oleh CEO kesayangan kami, Puan Zainun Mat Lazim, yang sentiasa dekat di hati warga MyBistari. Kata-kata beliau menyuntik semangat buat semua yang hadir – besar mahupun kecil.
Sebelum memulakan acara sukaneka, sesi pemanasan badan diketuai oleh si comel dan bersemangat Adik Ariana Sofea dari TH Genius. Gerak langkahnya menceriakan suasana dan membuatkan semua peserta bersedia untuk bersukan!
Anak-anak berumur 4 tahun menunjukkan ketangkasan mereka dalam aktiviti pengasingan bentuk. Walau kecil, semangat mereka besar! Sorakan ibu-ibu membakar lagi semangat si manja.
Paling menghiburkan sudah tentu acara guru! Siapa sangka, selepas raya pun masih ada semangat rayanya. Tiga kumpulan guru bersaing dalam pertandingan menganyam ketupat – kelakar pun ada, kagum pun ya juga. Bila tangan dah berdebar, ketupat pun boleh jadi lain.
Selepas rehat, si cilik 6 tahun pula ambil alih gelanggang. Mereka bertanding dalam dua acara:
Setiap acara melibatkan 7 kumpulan, dan semua menunjukkan daya fokus dan kerjasama yang hebat. Tahniah adik-adik!
Acara penutup? Paling meriah! Ibu-ibu sukarelawati yang banyak membantu sepanjang program diraikan melalui acara keretapi belon. Tak sangka, bila ibu-ibu bersatu, satu dewan boleh bergegar dengan tawa dan sorakan!
Program ini takkan berjaya tanpa sokongan para sukarelawati yang bekerja keras di sebalik tabir, serta ibu-ibu yang hadir memberi semangat dan keceriaan kepada anak-anak mereka.
Mohon maaf kepada bapa-bapa yang tidak dapat turut serta kali ini demi menjaga keselesaan dan ikhtilat. Tapi jangan risau, insyaAllah ada program lain yang bakal menanti!
Sukaneka 2025 MyBistari Group bukan sekadar tentang sukan – ia tentang ukhwah, keriangan, dan kenangan indah yang akan dikenang sampai bila-bila. Sampai jumpa di program akan datang!
.jpg) |
Gelanggang telah tersedia untuk acara. |
 |
Semangat Pn. Suhaila memberi taklimat terakhir kepada para guru. |
 |
Murid yang hadir guru tampalkan sticker mengikut kategori. |
 |
Reben aksesori tambahan untuk murid perbarisan. |
 |
Eh cucu siapa ni? |
 |
Milik siapa trofi dan medal ni? |
 |
Wah siap bertanjak dan bersampin untuk perbarisan. |
 |
Semangat bonda kami berikan ucapan. |
 |
Sukarelawati sudah bersedia untuk menjalankan tugas. |
 |
Gandingan yang mantap pengacara majlis. |
 |
Pemanasan badan sebelum mula acara. |
 |
Semangat! |
 |
Segak bergaya! |
.jpg) |
Bersedia untuk perarakan. |
 |
Ibnu Khawarizmi ready to shine! |
 |
Ibnu Sina bersedia untuk melangkah. |
.jpg) |
Tanpa unit audio tak meriahlah program! |
.jpg) |
Sempat lagi pandang ke arah kamera. |
 |
Tatacara permainan oleh guru sebelum mula acara. |
 |
Alaa sedihnya!–Pengalaman pertama playgroup sertai program tadika. |
 |
Pilih yang mana satu bentuk yang sama. |
 |
Anyam janga tak anyam! |
.jpg) |
Sabar cikgu saya belum bersedia lagi. |
 |
Cepat langkah hurdle tu. |
 |
Berebut nak susun menara. |
 |
Acara 2- Kami sudah bersedia! |
 |
Pastikan warna manik yang sama sebelum masukan danalam dawai. |
 |
Acara penutup bersenam bersama. |
 |
Johan sukaneka kategori playgroup..Tahniah si cilik hebat Intelek. |
 |
Johan sukaneka kategori 6 tahun acara 1..Tahniah si cilik hebat Ilmu. |
.jpg) |
Si cilik hebat Ilmu sekali lagi pertahankan johan kategori 6 tahun acara 2. |
 |
Johan kategori sukarelawati. Tahniah! |
 |
Tahniah cikgu-cikgu zon kota! Johan sukaneka guru. |
Tahniah kepada semua pemenang! Yang belum menang, jangan risau – semua pulang dengan medal dan kenangan manis. Ingat, semangat juang lebih bernilai dari kemenangan. Jangan mengalah, terus melangkah!
Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog sukaneka ini. Semoga kita berjumpa lagi di program seterusnya!
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~