Wednesday, April 30, 2025

KENANGAN MANIS DI DESARU!

Backbone MyBistari Group!


Lawatan Sambil Belajar K2 ke Desaru Mini Zoo & Mutiara Bay

Pada hari Sabtu, 26 April 2025, lawatan sambil belajar yang sangat dinanti-nantikan telah berlangsung melibatkan seramai 197 orang murid 6 tahun serta 65 orang guru pembimbing dan pengurusan. Destinasi pilihan kali ini ialah Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay, Batu Layar.

Seawal jam 5 pagi, anak-anak sudah bersedia, malah ada yang berpesan kepada ibu mereka untuk mengejutkan awal supaya tidak tertinggal bas. Keterujaan jelas terpancar di wajah masing-masing!

Desaru Mini Zoo menyambut kedatangan kami dengan wajah baru – banyak perubahan yang ketara berbanding tahun sebelumnya. Terdapat lokasi baru yang menarik untuk bergambar serta kandang-kandang haiwan yang telah dinaik taraf, menjadikan suasana lebih mesra pengunjung.

Paling mencuri tumpuan ialah seekor kambing kenit (pygmy) yang sangat manja dan nakal! Reaksi anak-anak berbeza-beza – ada yang berani menyentuh dan memegang hampir semua haiwan, manakala ada juga yang lebih selesa bersembunyi di belakang cikgu. Gelagat mereka sangat mencuit hati!

Selama dua jam setengah, anak-anak berpeluang meronda sekitar zoo, melihat pelbagai jenis haiwan dan turut memberi makan kepada haiwan-haiwan yang jinak.

Tepat jam 12.00 tengah hari, rombongan bergerak pula ke Mutiara Bay, Batu Layar untuk menikmati makan tengah hari dan aktiviti santai. Hidangan yang disediakan cukup menyelerakan – nasi goreng, nugget ayam, buah tembikai dan pencuci mulut berupa aiskrim, cukup untuk mengembalikan tenaga anak-anak yang kepenatan selepas berjalan.

Acara diteruskan dengan kuiz berkaitan haiwan di zoo, diikuti sesi berkongsi pengalaman oleh tiga orang murid terpilih. Sungguh meriah suasana apabila ramai yang berebut-rebut ingin menjawab soalan – tanda minat dan semangat yang tinggi!

Keseluruhannya, lawatan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sangat bermakna dalam menyemai rasa cinta terhadap haiwan, meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuh hubungan antara murid dan guru.

Seawal pagi sudah tiba di tadika. (TH Jaya)

Bersedia bas dah sampai! (TH Jaya)

Excited nak naik bas. (TH Jaya)

Bergambar sebelum mulakan eksplorasi.
Team Merah Jambu TH Cemerlang 
Team Hitam- TH Kreatif

Team Biru- TH Bijaksana
Team Oren- TH Jaya
Team Hijau- TH Pintar
Team Ungu- TH Inovasi

Team Kuning- TH Minda
Team Hijau- TH Ilmu
Team Merah- TH Genius
Team Biru cair- TH Intelek.


Jom mulakan eksplorasi! (TH Cemerlang)

Seronok dapat pegang anak itik! (TH Inovasi)

Tak perlu ke cameron, di sini juga ada Alpaca. (TH Pintar)

Beranikan diri nak bagi Alpaca makan. (TH Genius)

Inilah Si Pygmy yang nakal!

Comel la cikgu Pygmy ni. (TH Cemerlang)

Seronok si cilik Hebat Kreatif bagi makan arnab.



Cantik swan di Desaru Mini Zoo.

Berehat sebentar! (TH Intelek)

Makan kenyang-kenyang tau keldai.

Jeffri nama kambing ni!

Kenyang ikan hari ni. Ramai yang beri makan. (TH Bijaksana)

Terpancar keseronokan anak-anak hebat. (TH Ilmu)

Besarkan telur burung unta ni? (TH Bijaksana)

    Kuatnya awak dukung pygmy tu. (TH Bijaksana)

Tengok apa tu? (TH Inovasi)

Bincang apa tu? (TH Minda)

Boboy kuasa 3! hihi triplet TH Kreatif.

Buaian katanya DIY gunakan batang pokok durian. (TH Minda)

Tarikan terbaru di Desaru Mini Zoo untuk bergambar. (TH Genius)

Hati-hati unta boleh menggigit. (TH Jaya)

Terpaling berani, kawan-kawan lain dah ke tepi sebab takut. (TH Cemerlang)

Yeah berjaya tangkap ayam! (TH Bijaksana)

Wah, Dinosaur pun sudah ada di sini. Menarik! (TH Intelek)


Santai tepi laut, sambil menunggu makanan. (TH Pintar)

Peace ✌ (TH Jaya)



Baca doa dahulu sebelum makan. (TH Jaya)

Menu trip kali ini, Nasi Goreng & Nugget Ayam. (TH Genius)



Tembikai fresh dipotong oleh team pengurusan. 

Manisan selepas makan berat. Aiskrim Malaysia.

Bersedia semua untuk jawab kuiz.

Tapi sebelum mula soalan kuiz, kita degan dahulu cerita Adik Ariana tentang pengalamannya
di Desaru Mini Zoo. (TH Genius)

Adik Qaireen berani juga ke hadapan untuk cerita pengalamannya (TH Pintar)

Malu-malu ke nak bercerita. (TH Ilmu)

Sampai depan lupa jawapannya apa. Hihihi (TH Minda)

Yeah! sy dapat jawab. (TH Cemerlang)

Naik bas terus lena, penat sangat tu. (TH Inovasi)

Lawatan sambil belajar ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada anak-anak, malah membuka ruang untuk mereka lebih mengenali dunia haiwan serta menghargai alam sekitar. Melalui aktiviti yang dirancang, mereka belajar berkomunikasi, bekerjasama dan menyesuaikan diri dalam suasana luar bilik darjah.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing, pihak pengurusan serta ibu bapa yang memberikan sokongan penuh kepada program ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay atas layanan mesra dan kemudahan yang disediakan.

Semoga kenangan manis ini kekal dalam ingatan anak-anak dan menjadi pemangkin semangat mereka untuk terus belajar dan meneroka dunia dengan rasa ingin tahu yang tinggi. 

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Jangan lupa follow, like, comment and share sosial media kami untuk lihat banyak lagi aktiviti dan program yang dijalankan oleh MyBistari Group.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu Untuk Mendidik)

Wednesday, April 16, 2025

RIANG RIA SYAWAL DI MyBISTARI GROUP!

 

    Hari yang dinanti telah tiba.

✨Riang Ria Syawal di Tadika Hebat MyBistari!✨

Suasana pagi di tadika-tadika hebat MyBistari Group berubah wajah – bukan lagi sekadar tempat belajar, tapi menjadi pentas kecil yang penuh warna-warni dan kemeriahan! 

Si cilik perempuan melangkah masuk dengan penuh gaya, baju raya pelbagai corak dan warna menceriakan ruang kelas. Ada yang berselendang manja, ada yang lengkap berhias dengan lilitan tudung yang kemas – gaya macam model cilik atas pentas peragaan! 

Si jejaka pula tak kurang tampannya – segak berbaju Melayu, lengkap bersongkok, malah ada juga yang tampil penuh identiti Melayu dengan tanjak di kepala. Terus rasa macam berada di istana kecil! 

Apa yang buat sambutan lebih bermakna? Tentulah juadah raya yang dibawa dari rumah! ketupat palas, rendang ayam, pelbagai jenis mee, spageti, biskut raya aneka jenis, desert, buah-buahan dan pelbagai lagi– semuanya dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. Masing-masing tak sabar nak rasa juadah kawan-kawan, sambil bertukar-tukar cerita dan senyuman. 

Yang paling menyentuh hati – ada juga ibu bapa yang berbesar hati berkongsi rezeki dengan memberikan duit raya untuk rakan-rakan sekelas anak-anak mereka. Masing-masing tersenyum lebar menerima 'angpau' istimewa, dan semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepada ibu ayah yang pemurah ini. 

Sebelum jamuan bermula, si cilik juga terlibat dengan pelbagai aktiviti kreatif yang menyeronokkan! Anak-anak 6 tahun gigih membuat kad raya untuk orang tersayang, manakala si comel 4 dan 5 tahun bekerjasama menghasilkan kolaj pelita dan ketupat – meriah dengan kertas warna, gam dan tawa! 

Sambutan Hari Raya di Tadika MyBistari bukan sekadar makan-makan dan berpakaian cantik – ia penuh dengan nilai kasih sayang, semangat perpaduan dan memori manis yang akan kekal dalam hati si kecil selamanya.

Sedondon adik beradik ni. (TH Pintar)

    Senyuman yang tampan. (TH Pintar)

Fokus warna kad raya. (TH Pintar)

Hasil kolaj ketupat 5 tahun. (TH Pintar)

Cikgu-cikgu busy hidangkan makanan untuk semua murid. (THP)

Wah, sedapnya makan ayam lidi! (TH Pintar)

Alahai...comelnya si cilik 4 tahun. (TH Inovasi)


Jejaka tampan kelas Cikgu Ain. (TH Inovasi)

Sebelum menjamu selera kita bergambar dahulu. (TH Inovasi)

Rambang mata nak pilih makanan yang mana ya. (TH Inovasi)

Sebelum makan kita baca doa dahulu. (TH Inovasi)

Apa yang diperhatikan tu? (TH Genius)

Banyaknya duit raya. (TH Genius)

Comel! (TH Genius)

Wah, dapat bekalan untuk dibawa pulang ke rumah! (TH Genius)



Seronoknya dapat duit raya dan cookies. (TH Genius)

Wakilkan ibuayah untuk berikan kepada kawan-kawan sekelas. (TH Minda)

Tahun akhir raikan Syawal di tadika, tahun depan sudah ke sekolah rendah. (TH Minda)

Seronok buat aktiviti berkumpulan. (TH Minda)


Ada yang sedondon. (TH Minda)


Bila nak makan ni cikgu? (TH Minda)

Hasil kreativiti kad raya yang dah siap! (TH Bijaksana)

Kolaj pelita oleh si cilik 4 tahun di TH Bijaksana.


Banyaknya juadah makanan. (TH Bijaksana)

Tinggi sangat angkat kad raya tu, tak nampak mukanya. Hihihi (TH Intelek)

Bergambar bersama anak-anak murid kesayangan Cikgu Umaisah. (TH Intelek)

Fokus! (TH Intelek)

Kami team maroon. (TH Cemerlang)


Team biru hadir. (TH Cemerlang)

Warna lilac menjadi pilihan kami. (TH Cemerlang)

Gambar raya kelas 6 Bijak di TH Cemerlang.


Apa yang penting kerjasama. (TH Kreatif)


Jejaka kacak si kembar 3 di TH Kreatif.

Comel, bergaya, ceria beraya! (TH Kreatif)

Sedondon bersama rakan sekelas. (TH Kreatif)

Sedia untuk jamuan Raya! (TH Jaya)

Lain dari yang lain bajunya. (TH Jaya)

Berkaca mata, hensem bergaya! (TH Jaya)

Cantiknya hasil kolaj ketupat. (TH Ilmu)

Murid 6 tahun bersama hasil kreativiti kad raya. (TH Ilmu)

Menikmati makanan yang ada. (TH Ilmu)

Begitulah warna-warni sambutan hari raya di Tadika-Tadika Hebat MyBistari. Pelbagai keletah dan kerenah si cilik sepanjang sambutan ini diadakan. Jom layari laman sesawang dan media sosial MyBistari Group Facebook dan Tiktok untuk lihat lebih banyak lagi gambar dan video aktiviti murid.

Ribuan terima kasih kepada ibu ayah yang sudi berkongsi rezeki makanan, minuman dan duit raya kepada anak-anak hebat ini. 

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari kami warga MyBistari Group.

FROM ZERO TO HER0
(Bersatu Untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon