Thursday, January 23, 2025

HAPPY GRADUATION DAY!

 

Hari pertama In-House Graduation di Tadika Hebat Intelek.

In-House Graduation MyBistari 2024/2025: Memori Indah yang Takkan Dilupakan

Menyusuri detik-detik manis antara 30 Disember 2024 hingga 9 Januari 2025, MyBistari Group dengan bangga telah menganjurkan In-House Graduation bagi meraikan anak-anak berusia 6 tahun yang bakal melangkah ke fasa baru dalam kehidupan mereka. Bertempat di 8 tadika di bawah naungan MyBistari, majlis ini bukan sahaja menjadi penutup kepada perjalanan mereka di Tadika Hebat MyBistari tetapi juga menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan.

Dengan pakaian konvokesyen yang segak dan cantik, setiap anak melangkah ke pentas utama untuk menerima sijil tamat persekolahan. Sesi bergambar turut diadakan bagi mengabadikan momen ini, mencerminkan rasa bangga dan kegembiraan di wajah anak-anak dan guru-guru.

Walaupun majlis ini diadakan secara tertutup, kehangatan dan kemeriahannya tetap dapat dirasai oleh ibu bapa yang menyaksikan secara langsung melalui akaun rasmi TikTok MyBistari. Berkat kehadiran host live merangkap pengacara majlis, Cikgu Faridah, yang ceria dan penuh semangat, suasana menjadi lebih hidup dan menghiburkan. Sorakan maya ibu bapa menambah seri dan kegembiraan acara ini.

Tujuan utama In-House Graduation ini adalah untuk memberi penghargaan kepada anak-anak yang telah menamatkan perjalanan mereka di tadika dengan cemerlang. Ia juga sebagai tanda kasih MyBistari kepada ibu bapa yang telah mempercayai kami dalam mendidik anak-anak mereka.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. Kami percaya, kenangan indah ini akan menjadi inspirasi buat anak-anak untuk terus melakar kejayaan di masa depan. MyBistari sentiasa mendoakan yang terbaik buat graduan cilik kita!

Jom kita lihat koleksi gambar sepanjang majlis ini diadakan.

Menunggu giliran memakai jubah konvo. (TH Intelek)

Penyerahan sijil. (TH Intelek)

Sementara menunggu majlis bermula kita bergambar dahulu. (TH Inovasi)

Belakang tabir In-House Graduation. (TH Inovasi)

Berdebar ke tu? (TH Inovasi)

Rizqa dan Rizqi pasangan kembar di TH Inovasi.

Teliti Cikgu Akasyah kemaskan murid. (TH Jaya)

Ceria anak-anak menanti giliran. (TH Jaya)

Senyum untuk sesi bergambar. (TH Jaya)

Pakai lipstik dahulu untuk naikkan seri di hadapan kamera. (TH Ilmu)

Abadikan kenangan bersama bestfriend. (TH Ilmu)


Cikgu-cikgu juga cantik bergaya dengan pemakaian jubah konvo. (TH Genius)

Bukan anak murid je ceria, cikgu pun ceria juga dihari graduasi. (TH Genius)

Menunggu giliran untuk bercontent tiktok. (TH Genius)

Taklimat kepada murid sebelum majlis bermula. (TH Cemerlang)

Busy Cikgu Najwa kemaskan anak murid. (TH Cemerlang)

Belakang tabir live tiktok. (TH Cemerlang)

Pasangan kembar di TH Pintar.

Standby nama dipanggil untuk pengambilan sijil. (TH Pintar)

Topi pastikan kemas kedudukannya. (TH Pintar)

Doa dibaca agar perjalanan majlis dipermudahkan. (TH Bijaksana)

Sijil turunkan sedikit ya sayang. (TH Bijaksana)

Sebenarnya bermacam lagi ragam anak-anak sepanjang majlis graduasi ini berlangsung dan banyak lagi koleksi gambar yang ibu ayah boleh lihat di facebook page kami MyBistari Group. 











Apalagi...Jom follow, like, comment & share media sosial MyBISTARI GROUP!!

Sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga anak-anak hebat ini berjaya dunia dan akhirat dan semoga kita berjumpa lagi nanti. Bye!!

Sekian, terima kasih 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon