Pada 5 Oktober 2025 (Ahad) yang lalu, suasana di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang begitu meriah dengan gelak tawa, sorakan, dan debaran daripada anak-anak hebat MyBistari Group. π
Program tahunan Pertandingan Sempoa & Congak 2025 ini berjaya menghimpunkan seramai 120 orang murid daripada 10 cawangan MyBistari yang berentap dalam 4 kategori utama:
π Kategori Sempoa Ribu 6 Bistari
π Kategori Sempoa Ratus 6 Tahun
π Kategori Sempoa Ratus 5 Bistari
π Kategori Congak
Majlis dimulakan dengan penuh semangat melalui ucapan perasmian oleh CEO/Founder MyBistari Group, Pn. Zainun, yang sentiasa menjadi inspirasi kepada seluruh warga MyBistari untuk terus melahirkan generasi bijak kira dan berani tampil ke hadapan. πͺ
Menariknya tahun ini, bukan anak-anak sahaja yang berentap — kategori Sempoa Ibu Bapa turut mencuri perhatian! Seramai 17 orang ibu bapa mendaftar sepanjang tempoh pendaftaran, namun hanya 12 orang sahaja yang berani naik ke pentas untuk menguji ketangkasan minda mereka.
Lebih mencabar lagi apabila top 3 peserta ibu bapa berentap pula dengan top 3 peserta Ribu 6 Bistari! dan ternyata — kehebatan si cilik tidak dapat ditandingi apabila si cilik hebat muncul sebagai juara dalam kategori “Ibu Bapa vs Anak”! π
Selain pertandingan, penonton turut dihiburkan dengan 4 persembahan comel daripada murid 5 tahun. Ada yang menari, ada yang beraksi penuh gaya — semuanya menceriakan suasana dan mengundang senyuman dari para penonton. π
Gelagat si kecil di atas pentas mencuit hati — ada yang tersenyum bangga, ada yang menangis kecil bila terkejut melihat kepantasan rakan lain. Mungkin di cawangan sendiri mereka paling pantas, tapi bila bertemu dengan peserta dari seluruh cawangan, cabarannya berbeza.
Namun seperti kata cikgu-cikgu, kalah menang adat bertanding, yang penting adalah keberanian dan semangat untuk mencuba. Berdiri di atas pentas, mengira di hadapan orang ramai — itu sendiri sudah satu kemenangan! π
π Tahniah kepada semua peserta dan pemenang!
Yang menang teruskan kecemerlangan, yang belum berjaya — jangan berputus asa. Terus berlatih dan buktikan kemampuan kamu di tahun akan datang.
Kerana bagi kami, semua kamu adalah juara di hati cikgu! ❤️
Tetamu hadir seawal jam 8.00 pagi.
Unit audio sudah bersedia!
Barisan juri & penanda kertas.
Pembaca soalan berdebar menunggu giliran.
Lelaki segak bergaya, perempuan pula cantik berbaju kebaya.
Menunggu giliran untuk bertanding.
Tersenyum walaupun hati masih berdebar.
Pengacara majlis gandingan yang mantap Pn. Juliana & Pn. Nadhira Aina.
Ceria Pn Zainun memberikan ucapan perasmian.
Persembahan pembukaan yang sangat bertenaga oleh si cilik TH Intelek.
Lisan kategori ribu 6 Bistari.
Pembaca soalan ribu Cikgu Aqidah.
Fokus mendengar soalan dibaca, jari laju bergerak.
Saringan ratus 6 tahun.
Pembaca soalan ratus Cikgu Intan Syafiqah.
Intai apa tu?
Si cilik 5 tahun pula beraksi- Sempoa ratus 5 Bistari.
Pembaca soalan kategori ratus 5 Bistari Cikgu Fadiah.
Jangan salah tulis jawapan pula.
Bersedia kategori congak!
Pastas jari mengira.
Macam-macam gaya mengira.
Kategori yang paling dinanti-nantikan- Kategori ibubapa.
Wakil bapa stress ke tu. Hihi
Ibu-ibu barisan hadapan tenang menjawab soalan.
Otai masih berbisa, bacaan soalan untuk kategori ibubapa Pn Zainun.
Persembahan rancak banana cha cha dari si cilik TH Minda.
Peringkat separuh akhir, hanya 3 orang terpantas sahaja akan terpilih ke peringkat akhir.
Senafas sahaja baca soalan ribu- Pn Norafizah
Separuh akhir kategori ratus 6 tahun.
Semangat Pn Faridah membaca soalan ratus 6 tahun.
Separuh akhir kategori ratus 5 Bistari.
Puan Suhaila pula mengambil giliran untuk membaca soalan ratus 5 Bistari.
Separuh akhir kategori congak.
Bacaan Cikgu Siti sangat laju- murid masih boleh menjawab.
Persembahan yang menarik dari si cilik TH Inovasi.
Peringkat akhir kategori ribu 6 Bistari.
Peringkat akhir kategori ratus 6 tahun.
Peringkat akhir kategori ratus 5 Bistari.
Peringkat akhir kategori congak.
Kategori yang paling dinanti-nanti ramai - Sempoa ibubapa vs murid.
Persembahan penutup yang bertenaga oleh si cilik TH Jaya.
Barisan juri & penanda kertas.
Pemenang kategori ibubapa:- Johan~Pn Nor Irdayu binti Wagiman (TH Ilmu) Naib Johan~Muhamad Amin Faizal bin M.Rosli (TH Cemerlang) Ketiga~ Noorzilawani binti Che Abdul Razak (TH Cemerlang)
Pemenang Kategori Ribu 6 Bistari :- Johan~Nur Ariana Sofea binti Mohd Fariz (TH Genius) Naib Johan~ Maalik Fayyadh bin Mohammad Faizwan (TH Cemerlang) Ketiga~ Wan Nur Afiya Amani binti Wan Mazrilazman (TH Ilmu)
Pemenang Kategori Ratus 6 Tahun :- Johan~Aryan Firdaus bin Muhamad Amin Faizal (TH Cemerlang) Naib Johan ~ Qasih Naqusaffiyah binti Mohd Syafiq (TH Ilmu) Ketiga ~ Muhammad Khabib bin Hasrul Hisyam (TH Ilmu)
Pemenang kategori Ratus 5 Bistari:- Johan ~ Khawlah Nuha binti Muhammed Kamil (TH Ilmu) Naib Johan ~ Umni Haniyya binti Mohd Taufik (TH Ilmu) Ketiga ~Ayra Nur Dania binti Raaiyan Haswad (TH Ilmu)
Pemenang kategori congak :- Johan ~ Qaireen Nur Mikayla binti Mohd Shafie (TH Pintar) Naib Johan~ Khair Aariz bin Mohd Norizwan (TH Genius) Ketiga ~ Muhammad Afham Qayyum bin Mazri (TH Ilmu)
Pemenang kategori ibubapa vs murid :- Johan ~ Nur Ariana Sofea binti Mohd Fariz (TH Genius) Naib Johan ~ Maalik Fayyadh bin Mohammad Faizwan (TH Cemerlang) Ketiga ~ Pn Nor Irdayu binti Wagiman (TH Ilmu)
Video Pertandingan Sempoa & Congak 2025!
Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog tentang Pertandingan Sempoa dan Congak 2025. Semoga anak-anak ini terus cemerlang dimasa akan datang.